Toyota Vios wanita ini halang tugas pasukan bomba Sabak Bernam

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tindakan seorang wanita meletakkan keretanya di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam menjejaskan tugasan bomba membantu mangsa kemalangan jalan raya di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, empat anggota bomba terpaksa menolak untuk mengalihkan kereta Toyota Vios itu selama hampir empat minit.

Insiden itu turut viral di media sosial menerusi rakaman video selama 12 saat, yang memaparkan usaha bomba untuk mengalihkan kereta itu.

Rata-rata netizen mengecam tindakan pemandu kereta berusia lingkungan 30-an itu, yang disifatkan tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri selain perlu dikenakan tindakan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Ketua BBP Sabak Bernam Mohd Saufi Zakaria berkata, kejadian itu kali pertama berlaku membabitkan pihaknya terutama ketika mahu memberikan bantuan kecemasan.

“Ia mengakibatkan kita terpaksa mengambil masa selama 12 minit untuk tiba di lokasi kemalangan di Jalan Haji Suhaimi, Sepintas, berbanding jangka masa kurang 10 minit yang ditetapkan.

 


“Selain itu, tiada sebarang alasan diberikan oleh pemandu itu kerana meletakkan keretanya di depan balai bomba,” katanya kepada BH di sini, hari ini.

Mohd Saufi berkata, orang ramai sepatutnya lebih prihatin dengan tugas bomba tanpa mengira waktu bagi memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Difahamkan, balai bomba itu menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan jalan raya membabitkan sebuah Perodua Kancil dan Suzuki RC 100 di Jalan Haji Suhaimi.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, pada dasarnya, semua ahli majlis MBPG bersetuju dan menerima kertas dasar…