Toyota Yaris Cross GR Sport muncul di Jepun, dari RM76k

oleh Mohamad Hanif|
Toyota memperbanyakkan lagi penawaran varian crossover Yaris Cross di Jepun dengan melancarkan dua varian baharu, iaitu Yaris Cross GR Sport dan Yaris Cross Z Adventure.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk versi Yaris Cross yang lebih sporti, varian GR Sport ni boleh dibezakan dengan penampilan emblem wajib Gazoo Racing, diikuti dengan rim aluminium bersaiz 18 inci dengan tayar Falken FK510 SUV, serta komponen apron depan dan belakang yang direka semula.
 

Yaris Cross


Ruang kabin pula menawarkan ciri seperti tempat duduk sporti dengan balutan upholsteri Air Nubuck dan kulit sintetik, aksen metalik gelap, pedal aluminium, serta logo GR pada bahagian roda stereng dan penghadang kepala.

 

Yaris Cross


Menurut Toyota, aspek pemanduan Yaris Cross GR Sport ini telah ditambah baik menerusi pemasangan pendakap ekstra pada bahagian bawah lantai untuk tahap ketegaran yang dipertingkatkan, tetapan suspensi yang sporti dengan merendahkan ketinggian sebanyak 10 mm, sistem stereng elektrik yang ditala semula diikuti dengan respon trenkuasa yang dioptimasikan.

Di Jepun, Yaris Cross GR Sport boleh didapati dalam versi petrol 1.5 liter (118 hp) atau versi hibrid 1.5 liter dengan kuasa gandingan 118 hp.
 

Z Adventure


Penawaran Yaris Cross Z Adventure pula adalah menyamai apa yang ditawarkan di pasaran Eropah pada tahun lalu.

Antara ciri unik termasuklah skid plate ala aluminium pada bahagian depan dan belakang, rim 18 inci, pemasangan rel bumbung, serta upholsteri dua tona yang menggandingkan kulit sintetik dan fabrik.
 

Z adventure


Kedua-dua varian ini akan mula didapati di Jepun pada 8 Ogos ini.

Harga jualan pula adalah seperti berikut:

  • Yaris Cross GR Sport  - ¥2,367,000 (RM76,319)
  • Yaris Cross GR Sport Hybrid - ¥2,750,000 (RM88,668)
  • Yaris Cross Z Adventure  -  ¥2,331,000 (RM75,158)
  • Yaris Cross Z Adventure Hybrid - ¥2,936,000 (RM94,665)

 

Baca: Toyota Yaris Cross

Baca: Toyota Yaris Cross Adventure