Toyota Yaris hatchback pasaran US - Mazda 2 dengan lambang Toyota

oleh Mohamad Hanif|
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Tatkala di Malaysia, UMW Toyota berbesar hati untuk memperkenalkan Toyota Yaris hatchback orikereta tidak lama lagi, lain pula halnya di pasaran Amerika Syarikat. 

Sekali imbas, anda akan menyangka Toyota sedang menyambut April Fool, akan tetapi rupa bentuk Mazda 2 hatchback sebenarnya sudah pun disahkan akan ditukarkan lencananya kepada Toyota.
 


Hal ini sudah pun disahkan menerusi kerjasama antara Toyota dan Mazda yang diumumkan awal tahun lalu di mana mereka bakal menggunakan model yang berlainan bagi menggantikan Yaris untuk pasaran Amerika. 

Mempunyai spesifikasi yang sama, Yaris menggunakan enjin 1.5 liter SkyActiv-G yang menghasilkan 106 hp dan 140 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi auto SkyActiv-Drive enam nisbah kelajuan. 
 


Ruangan dalaman juga tidak banyak menampilkan perubahan ketara (kecuali stereng dengan logo Toyota) membawakan elemen yang ada pada Mazda 2 seperti sistem infotainmen MZD Connect yang membawakan paparan tujuh inci skrin sentuh yang menawarkan sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto. 

Ciri standard yang dilengkapkan termasuklah kemasukan tanpa kunci, butang pandu mula, lampu kabus, stereng dengan ciri ubahan tilt and telescopic, sistem keselamatan pra-pelanggaran kelajuan rendah dan ciri brek kecemasan autonomi. 
 


Tiada sebarang tanda harga diterbitkan oleh Toyota akan tetapi perincian akan dibuat menerusi acara New York Auto Show 2019 pada penghujung bulan ini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sesuai dengan namanya, Yaris G Limited hanya akan ditawarkan sebanyak 600 unit terhad sahaja dengan…
Berita Domestik
Tidak seperti model negara jiran yang telah mendapat muka baharu, Yaris IMP 2023 untuk pasaran…
Berita Global
  Selain varian sedia ada, Toyota turut memperkenalkan Yaris Premiere Edition yang sarat dengan…