Tragedi Ayer Keroh - Operator lebuhraya perlu diheret juga

oleh Firdaus Razani|
Tragedi di Kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Ayer Keroh baru-baru ini yang mengorbankan tujuh nyawa dan 33 orang cedera adalah bukti kurangnya usaha untuk memastikan kemalangan membabitkan kenderaan berat tidak akan berlaku lagi.

Careta mewawancara Wan Agyl Wan Hassan, Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi My Mobility Vision, sebuah syarikat perunding pengangkutan dan badan pemikir untuk industri logistik.

 

careta

 

Wan Agyl juga pernah menjadi salah seorang dari kakitangan pengurusan tertinggi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah dibubarkan dan menjadi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang berada di bawah penyelarasan Kementerian Pengangkutan (MOT).

Di bawah ialah respon beliau terhadap kejadian tersebut.

1. Kejadian disebabkan oleh tayar lori yang tercabut, satu kejadian yang boleh dielakkan.

2. Ia bukan insiden pertama, sebelum ini kita pernah ada kemalangan bas dalam tahun 2013 di Genting Highlands dan tragedi tanah runtuh di Lebuhraya KL-Karak dalam tahun 2015.

 

Tragedi 37 Maut Di Genting pada 2013: Bas Dipandu Melebihi Had Laju : Sumber Mstar

 

3. Ucapan takziah dan mewujudkan pasukan khas oleh pihak kerajaan sudah menjadi lumrah tetapi selepas berita basi, tidak ada apa-apa yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang wujud.

4. Dalam tahun 2024, sebanyak 532,125 kemalangan lalulintas berlaku dan 5,364 nyawa terkorban. Kebanyakannya penunggang dan pembonceng motosikal sementara kematian akibat kemalangan berkaitan lori pula menyebabkan tiga kematian setiap hari. Tidak ada banyak usaha dilakukan untuk menyelesaikan masalah sebenar seperti penyelenggaraan kenderaan yang kurang dan kurang pemantauan ke atas operator lebuhraya.

5. Apa yang operator-operator lebuhraya di Malaysia sepatutnya lakukan ialah:

  • Memeriksa laluan utama dua kali seminggu dan laluan lain sekali seminggu.
  • Mengalihkan halangan di atas laluan dengan segera dan respon yang pantas untuk situasi kecemasan.

 

plus

 

  • Memastikan keadaan kaki lima, penghadang jalan, papantanda dan lampu dalam keadaan yang baik.
  • Melakukan audit keselamatan dan program kesedaran pengguna.
  • Penggunaan teknologi untuk mengesan dan melaporkan sebarang kerosakan dengan segera.

 

6. Apa yang sebenarnya berlaku sekarang ialah:

  • Pengalihan objek merbahaya di atas laluan sering lambat dilakukan
  • Pemeriksaan fasiliti dan laluan masih disangsikan.
  • Penggunaan kelengkapan digital untuk meningkatkan keselamatan di tahap minimum.

 

7. Apa yang perlu berubah?

  • Operator-operator lebuhraya perlu diberikan tanggung-jawab yang lebih besar dalam keselamatan jalanraya dengan audit yang lebih tegas dan penalti yang lebih berat bila ia berkaitan dengan isu keselamatan.
  • Respon kecemasan dari operator lebuhraya perlu lebih pantas dan lebih ada koordinasi.
  • Operator lebuhraya dan syarikat logistik perlu ada kelengkapan berteknologi seperti TPMS (Pengesan Tekanan Udara Tayar), sistem pemantauan GPS dan sistem pengesan isu merbahaya berautomasi (automoted hazard detection system) untuk memastikan masalah dikesan sebelum ia menjadi lebih serius.
  • Wujudkan standard atau piawaian prestasi yang lebih telus untuk operator lebuhraya dan memastikan ia dipatuhi.

 

Penulis : HezeriSamsuri

 

Tonton wawancara 'podcast' episod terkini bersama Wan Agyl Wan Hassan di Youtube Tekan Habis;