'Tragedi' konvoi motosikal kempunan ikan baung, 52 ditahan ubah suai ekzos

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan dari PDRM
Sekumpulan konvoi motosikal dari Pahang membuat onar apabila sengaja membunyikan ekzos motosikal dengan kuat berhampiran sebuah kedai makan di Kampung Telaga, Hulu Terengganu Ahad lalu.


Bagaimanapun, kumpulan berkenaan yang terdiri daripada mereka berusia antara 19 hingga 47 tahun tersilap langkah apabila tindakan itu dilakukan di hadapan polis yang kebetulan berada di kawasan berkenaan, jam 12.18 tengah hari.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu Superintendan Ismail Man berkata, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Hulu Terengganu yang keluar melakukan rondaan terserempak dengan kumpulan konvoi berkenaan.

 

Beliau berkata, kumpulan konvoi berkenaan dikatakan dari Kuantan menuju ke Kuala Berang, Hulu Terengganu untuk menikmati masakan ikan baung di sebuah kedai di Kampung Telaga, Hulu Terengganu.

"Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, ada antara mereka dengan sengaja membunyikan ekzos motosikal dengan kuat dan bising. 

 

"Mereka dibiarkan berpesta 'bunyi' dalam tempoh lebih kurang 10 minit, sebelum pemeriksaan ke atas 52 motosikal dilakukan.
 

"Berdasarkan pemerhatian, mereka juga turut melakukan pelbagai kesalahan trafik yang lain seperti ubah suai motosikal dan aksesori sebelum mereka ditahan untuk pemeriksaan," katanya ketika dihubungi.

 

Dalam operasi pada jam 12 tengah hari dan berakhir 4 petang itu dengan kekuatan empat anggota dan seorang pegawai, sebanyak 67 saman dikeluarkan atas kesalahan nombor pendaftaran kenderaan 'fancy' (19); tiada nombor pendaftaran (18); tiada cermin sisi (14) nombor plat tidak ikut peraturan (9); ubah suai ekzos (4); dan aksesori tidak sempurna sebanyak tiga saman.
 

 

Katanya, semua yang ditahan bersama motosikal masing-masing dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata, lebuh raya di negara ini yang luas dan lurus menyebabkan ada dalam kalangan rakyat…
Berita Global
Antara yang terlibat termasuklah wakil daripada Hyundai Motor Company itu sendiri, diikuti wakil…
Berita Domestik
"Kemalangan berlaku apabila tiga kereta tersebut dari arah laluan yang sama dan apabila tiba di…