Trak bomba elektrik - memang padanan paling sesuai!

oleh HEZERI SAMSURI|
Ramai yang tidak tahu tetapi kenderaan-kenderaan bomba adalah yang paling mudah mengalami kerosakan.

Ini ialah kerana kenderaan bomba lebih banyak duduk menunggu di balai bomba dan bila ia diperlukan, ia akan dipandu dengan laju untuk jarak yang pendek.

Kerana itu, enjin-enjin kenderaan bomba sering tidak tahan lama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Syarikat pembuat kenderaan bomba terkemuka dunia, Rosenbauer dari Austria kini tampil dengan trak bomba konsep yang menggunakan kuasa elektrik.

Dengan harga US $6 juta, trak bomba ini bukan sahaja tidak memerlukan diesel, motor elektrik yang digunakan menggantilkan enjin bermakna tidak ada servis atau penyelengaraan perlu dilakukan.

 

 

Enjin diesel juga tidak perlu sentiasa dihidupkan untuk menjana pam air kerana ia menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya.

Selain dari itu, trak bomba ini mempunyai penyambungan WiFi untuk penggunaan dron, penyerap hentak yang mampu direndahkan agar ahli bomba mudah mengambil perkakasan mereka, pacuan semua roda, titik graviti yang rendah untuk pengendalian yang lebih bagus serta bahagian dalam dengan binaan modular.

Concept Fire Truck atau CFT ini mempunyai dua motor elektrik dan bateri yang cukup besar untuk operasi 30 minit (tidak dinyatakan samada operasi untuk pemanduan atau operasi semasa di lokasi kebarakan).

Untuk memastikan tidak ada masalah tenaga elektrik, ia juga dilengkapkan dengan generator diesel untuk memberikan kuasa elektrik. Generator itu juga adalah dari jenis enjin diesel kenderaan yang tidak "sekotor" generator enjin diesel trak biasa.

Diharapkan suatu hari nanti Malaysia mampu untuk menggunakan trak bomba elektrik seperti ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia menampilkan trenkuasa plug-in hybrid 1.5 liter (PHEV) yang menawarkan jarak gerak elektrik…
Berita Global
Walaupun digelar sebagai 'kereta terbang', secara asasnya ia adalah sebuah quadkopter dengan…
Berita Global
Menurut Daihatsu, kereta "open-top" tanpa bumbung ini sesuai untuk mereka yang suka menikmati udara…