Trak Isuzu ELF Smoother varian AMT kini di pasaran

oleh SALINA JALIL|
Trak paling laris dari siri Isuzu Elf kini ditawarkan dengan kotak gear Automated Manual Transmision (AMT) kini di pasaran.



Selain daripada ketahanan Isuzu Elf yang telah terbukti, pembeli trak buat pertama kali yang juga Pengarah Tembikar Gemilang, Foo Sek Wee yang menjalankan perniagaan peralatan dapur komersial terpanggil untuk membeli Isuzu Elf Smoother yang pertama di atas faktor pengendalian yang lebih mudah tanpa perlu menukar gear dan pedal klac.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Trak ringan Isuzu ini telah lama menjadi pilihan untuk industri pengangkutan dan telah menjadi pilihan paling popular untuk sembilan tahun berturut-turut.

 

Ia menjadi trak pilihan yang ideal untuk muatan bebanan, prestasi serta kos penyelenggaraan yang rendah serta memenuhi keperluan pengangkutan di dalam apa juga industri.

 

Sistem pada kotak gear AMT ini membolehkan trak berkenaan dipandu seperti kenderaan automatik biasa, tetapi mempunyai maklum balas dan ketahanan kotak gear manual.

 

Penyerahan unit pertama Isuzu Elf Smoother NPR150 kepada Tembikar Gemilang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura.

 

Beliau berkata bahawa maklum balas yang diterima oleh Isuzu Elf Smoother sangat positif sejak dilancarkan dua bulan lalu. "Dengan tambahan AMT, daya tarik Isuzu Elf semakin meningkat kerana ia kini menawarkan operasi pemanduan yang lebih mudah dan selesa, yang sukar dicapai melalui kotak gear manual," jelas beliau lagi.

 

 

 

Foo telah mengambil keputusan untuk membuat pembelian trak terbabit untuk kegunaan syarikatnya.

 

"Syarikat kami telah menggunakan pelbagai jenis van untuk penghantaran sebelum ini. Memandangkan perniagaan semakin berkembang dan merangkumi beberapa kawasan, kos menjadi semakin tinggi kerana ia tidak mampu membawa lebih banyak muatan.

 

Saya memutuskan untuk meningkatkan kemampuan logistik dan mula mencari pilihan trak yang sesuai," ujar Foo lagi.

 

foo

 

"Selepas melakukan sedikit kaji selidik, saya memilih Isuzu Elf kerana ia mempunyai reputasi yang baik dari segi prestasi dan ketahanan. Pada masa yang hampir sama juga, Isuzu memperkenalkan versi AMT.

 

"Saya terkejut dengan keselesaan dan ruang kabin yang senyap yang ditawarkan oleh trak berkenaan. Pernukaran gear Isuzu Elf Smoother juga lancar, kuasa yang diberikan juga memadai. Saya tidak berfikir panjang dan terus membuat tempahan," ujar Foo.

 

Isuzu Elf Smoother didatangkan dalam beberapa varian dan konfigurasi badan. Rangkaian Isuzu di seluruh negara juga bersedia untuk memberikan sokongan, nasihat profesional serta cadangan bagi kesesuaian trak untuk keperluan pengangkutan yang berbeza bagi setiap jenis perniagaan. 

 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Isuzu di www.isuzu.net.my atau berkunjung ke pengedar sah terdekat pada bila-bila masa.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Telah Diuji
Salah satu daripada model yang tersedia ialah Isuzu D-Max, dan sejak Isuzu Malaysia memperkenalkan…
Pelancaran
Untuk varian andalan X-Terrain dan Premium, ia kini didatangkan dengan warna baharu Islay Gray Mica…