Trak MAN Malaysia sudah tersedia untuk terima 100 peratus biodiesel - B100

oleh HEZERI SAMSURI|
Penggunaan bahanapi biodiesel semakin meluas kerana faktor harga yang lebih mampu.

Di Indonesia, diesel yang diberikan subsidi ialah dari jenis diesel B30 di mana ia mengandungi 70 peratus diesel dan dicampur dengan 30 peratus biodiesel dari bahan minyak sawit.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini ialah untuk menjana penggunaan sawit negara itu dan sejak tahun 2020, Malaysia juga menggunakan formula yang sama tetapi dengan penggunaan diesel B10.

Kedua-dua negara bagaimanapun masih menjual diesel B7 biasa tetapi dengan kadar harga yang lebih tinggi kerana hampir 90 peratus kenderaan berenjin diesel tidak dibina untuk menggunakan kadar biodiesel lebih dari tujuh peratus.

 

 

Namun begitu, dengan tren peningkatan biodiesel yang mendadak di kedua negara ini, pengeluar kenderaan diesel mula menyediakan enjin-enjin yang ditala khusus untuk penggunaan itu.

Isuzu D-Max dan Ford Ranger terkini contohnya mempunyai enjin-enjin modern yang diuji untuk biodiesel B20 - cukup untuk pasaran Malaysia.

Careta juga diberitahu bahawa enjin bagi model-model terbaharu MAN juga dipasang dengan Kit Adaptasi Bahan Api supaya ia mampu menggunakan diesel sehingga B100 - bermakna penggunaan biodiesel seratus peratus. Ini juga bermaksud penggunaan biodiesel tidak akan menggugat waranti yang diberikan oleh MAN kepada pemilik-pemilik trak mereka.

Langkah bijak itu memungkinkan jenama trak premium Jerman itu untuk masuk ke pasaran-pasaran seperti Indonesia di mana kerajaan republik itu sudah berhasrat untuk meningkatkan lagi nisbah biodiesel di dalam bahan api tersebut.

 

 

Malaysia juga telah menyatakan hasratnya untuk meningkatkan bahan api biodiesel sekarang kepada B20 pada penghujung tahun ini.

Buat masa sekarang, tidak kedengaran rungutan dari pengguna mahupun syarikat pengeluar berkaitan enjin-enjin diesel mereka yang menggunakan biodiesel B10. 

Cuma apa yang berlaku ialah ada beberapa pengeluar yang telah menghentikan terus penjualan dan pengenalan model-model varian diesel mereka dari pasaran Malaysia dan disyaki akibat varian biodiesel itu.

Apapun, peningkatan penggunaan biodiesel dilihat dapat membantu sektor minyak sawit negara dan ia adalah satu usaha yang patut disokong.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MAN Malaysia bakal menawarkan casis bas elektrik sepenuhnya bersama casis konvensional yang…
Pelancaran
eTruck itu sudah hampir siap untuk dihasilkan bagi jualan umum yang bakal bermula dalam tahun 2024…
Berita Global
Rangkaian pengecaj elektrik adalah antara halangan utama untuk mewujudkan penggunaan trak dan bas…