Trak pikap: BMW tidak mahu ikut trend semasa

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini Careta pernah melaporkan BMW 'pernah' menghasilkan sebuah trak pikap menggunakan asas daripada BMW X7.

Ia hanyalah bersifat binaan sekali (one-off) di mana BMW tidak berhasrat untuk muncul dengan sebuah model trak pikap pada ketika itu.

Dalam perkembangan terbaharu, pengarah rekaan BMW Adrian van Hooydonk berpendapat trak pikap tidak diperlukan dalam barisan portfolio syarikat tersebut.
 

maverick


"Trak pikap tidak sesuai dengan jenama BMW. Kita tidak perlu mengikut setiap trend pasaran yang berlaku," ujarnya.

Beliau merujuk kepada peningkatan trend trak pikap yang sedang berkembang, di mana syarikat seperti Ford dan Hyundai masing-masing melancarkan model trak pikap kecil Maverick dan Santa Cruz untuk pasaran Amerika Syarikat.

Selain itu, populariti trak pikap elektrik juga kian meningkat dengan adanya model-model seperti Ford F-150 Lightning, Rivian R1T, serta GMC Hummer EV.
 

santa cruz


Walaupun Adrian tidak begitu yakin trak pikap sesuai dengan jenama BMW, akan tetapi beliau tetap memberikan perhatian kepada trend semasa yang membuatkan pesaing-pesaing cuba tampil dengan produk tersendiri.

"Apa yang saya lihat, semasa COVID kami menyaksikan peningkatan trend di mana orang ramai mahu menghabiskan banyak masa di luar rumah.

Jika BMW benar-benar mahu menghasilkan trak pikap pada masa akan datang, adakah ia bakal menerima sambutan yang memberangsangkan daripada para peminatnya?

Sumber: BMWBlog

Berita Berkenaan

Berita Global
Berita baik, para pemilik kereta BMW kini boleh mengaktifkan ciri Digital Key Plus dengan…
Berita Global
Untuk itu, mereka bekerjasama dengan wakil-wakil daripada industri berkaitan untuk membangunkan…
Berita Global
Ini kerana syarikat induk MINI, BMW telah meminta syarikat pengedar tersebut untuk berhenti…