Trak pikap elektrik Radar RD6 mula dijual di China, harga dari RM116k

oleh Mohamad Hanif|
Trak pikap Radar RD6 yang diperlihatkan pada bulan Julai yang lalu sudah pun mula dijual di pasaran China, dengan harga jualan dari RMB178,800 (RM116,400).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dibangun menggunakan platform elektrik SEA daripada Geely Group, dimensi Radar RD6 menyamai dimensi trak pikap saiz pertengahan dengan panjang 5,260 mm, lebar 1,900 mm, tinggi 1,830 mm dan jarak antara roda sepanjang 3,120 mm.
 

Radar RD6


Rekaan luaran Radar RD6 meminjam banyak elemen daripada SUV Geely Haoyue (yang bakal jadi X90 di pasaran Malaysia), tidak ketinggalan susun atur pada ruang kabin.

Trak pikap ini menawarkan ruang kargo dengan kapasiti 1,200 liter, diikuti dengan ruang storan hadapan sebesar 70 liter, dan ruang storan di belakang tempat duduk baris kedua sebesar 48 liter.

Ia mampu membawa muatan seberat 450 kg dengan outlet kuasa 6kW dan sokongan pengecasan vehicle-to-vehicle (V2V), namun kapasiti menunda tidak didedahkan buat masa ini.

Menurut Geely, platform yang digunakan itu menyokong kapasiti menunda sehingga 3,000 kg.
 

RD6


Terima kasih kepada sistem suspensi bebas pada keempat-empat sudut, Radar RD6 mampu menawarkan karakteristik pemanduan menyamai dinamik kereta penumpang.

Ruang dalaman pula menempatkan skrin 12.3 inci, skrin paparan head-up 9 inci berwarna penuh, sistem pencahayaan ambien, sistem pengecaman suara AI, serta bumbung panorama 55 inci.
 

Radar


Dari segi kuasa, Radar RD6 dilengkapi dengan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang dengan hamburan 268 hp serta keupayaan memecut 0-100 km/j dalam tempoh enam saat.

Terdapat tiga pilihan pek bateri seperti berikut:

  • Bateri LFP 60 kWh, jarak gerak 400 km
  • Bateri NMC 86 kWh, jarak gerak 550 km
  • Bateri NMC 100 kWh, jarak gerak 632 km

 

Radar


Menurut Geely, trak pikap Radar RD6 ini lebih disasarkan kepada golongan muda yang memiliki gaya hidup aktif, dan tidak disasarkan kepada golongan pemilik trak pikap yang lebih hardcore.

Adakah trak pikap ini bakal muncul di pasaran Malaysia kelak?

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…
Berita Global
Di Eropah, Ford baharu sahaja melancarkan varian terbaharu Ranger MS-RT dengan penampilan yang…