Trak pikap Hyundai N mahu cabar Ford Ranger Raptor!

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai dilaporkan turut serius membangunkan trak pikap mereka, dan menariknya mereka juga mahu mencabar penguasaan Ford Ranger Raptor!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hal ini disuarakan sendiri oleh bos besar Hyundai N, Albert Biermann apabila ditemubual oleh Car Sales berkenaan kemungkinan Hyundai mahu membangunkan trak pikap berprestasi tinggi menggunakan lencana N. 

"Anda perlu bersedia untuk segalanya daripada Hyundai dan Kia, segala benda adalah mungkin, tiada batasan," ujar beliau. 
 


Sudah empat tahun lebih semenjak model konsep trak pikap Santa Cruz diperkenalkan kepada umum dan laporan terdahulu mengesahkan versi produksi akan diperkenalkan kepada umum lewat tahun 2020. 

Sekiranya Hyundai mahu mencabar Ford Ranger Raptor, anda sendiri sudah boleh membayangkan spesifikasi yang bakal dilengkapkan pada trak pikap Hyundai N ini, seperti penyerap hentak berprestasi tinggi, rupa yang lebih agresif serta enjin yang lebih berkuasa. 
 


Apatah lagi ketika ini Hyundai memiliki enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo (Hyundai i30 N) 250 PS yang boleh dimaksimakan lagi kuasanya kepada 300 kuasa kuda untuk kegunaan trak pikap tersebut. 

Selain daripada trak pikap pencabar Ford Ranger Raptor, Hyundai N juga sedang sibuk menala model yang lebih kecil daripada i30 N, berkemungkinan besar berdasarkan model i20, dan juga SUV Tucson N. 

 

mampukah Hyundai mencabar Ford Ranger Raptor?

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…