Trak rali Mitsubishi Triton sedia tawan Asia Cross Country Rally 2022

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah jenama yang sangat sinonim dengan perlumbaan rali, tidak menjadi masalah buat Mitsubishi untuk tampil dengan sebuah jentera yang mampu menunjukkan taring dalam dunia sebenar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bersempena dengan perlumbaan Asia Cross Country Rally 2022 yang akan berlangsung pada November ini, Mitsubishi memperlihatkan jentera yang bakal digunakan - sebuah trak pikap Triton!

Menggunakan asas daripada Triton kabin berkembar spesifikasi Thailand, Mitsubishi telah mengubahsuai beberapa aspek seperti contoh sistem suspensi kustom untuk kegunaan off-road, LSD depan dan belakang, serta tayar berdiameter besar.
 

Triton


Selain itu, komponen hud dan pintu telah diringankan dengan penggunaan bahan gentian karbon, diikuti dengan pemasangan sangkar keselamatan untuk ruang kabin.

Dari segi kuasa, trak rali Triton ini masih lagi mengekalkan enjin standard 2.4 liter diesel turbo yang mampu menghasilkan 178 hp dan 430 Nm, namun didatangkan dengan perlindungan tambahan daripada kemasukan air.

Kotak gear pula adalah jenis manual enam nisbah kelajuan yang dipadankan dengan sistem pacuan empat roda Super Select 4WD-II Mitsubishi.
 

Triton


Sebelum dilenjan dalam dunia perlumbaan sebenar, Mitsubishi turut mengadakan sesi ujian pada 27-28 Jun yang lalu bagi memfokuskan kepada tahap kelasakan dan reliabiliti casis serta enjin yang digunakan.

Menurut Hiroshi Masuoka, pengarah pasukan Team Mitsubishi Ralliart berkata, "setelah ujian lebih 800 km dalam tempoh dua hari, jentera ini menunjukkan prestasi yang hebat menempuh cabaran yang sukar seperti yang kami jangka, dan kini kami yakin segala persediaan kami berada di jalan yang benar.

Perlumbaan Asia Cross Country Rally 2022 akan berlangsung selama satu minggu merangkumi jarak sejauh 1,700 km bermula di timur laut Thailand dan berakhir di Angkor Wat, Kemboja.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…
Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…