Itu merupakan jangkaan yang dibuat oleh Scania berdasarkan kajian terbaharu yang dibuat dengan Uppsala University, serta beberapa syarikat yang lain.
Trak Scania berkuasa 552 hp itu sebenarnya merupakan sebuah trak plug-in hybrid yang menggunakan panel solar yang dipasangkan pada trailer di bahagian belakang.
Trailer 18 meter itu menampilkan panel solar berkeluasan 100 meter persegi berkecekapan tinggi, selain mampu menjana kuasa kira-kira 8,000 kWh setahun di Sweden.
Kuasa yang dihasilkan itu akan disimpan pada pek bateri 200 kWh yang diletakkan pada trailer, serta 100 kWh pada kepala trak.
Berdasarkan kajian dan ujian yang dijalankan, mereka mengganggarkan panel solar itu mampu menyumbang kepada jarak sejauh 5,000 km setahun di Sweden, atau sehingga 10,000 km setahun di Sepanyol yang lebih panas cuacanya.