Trak "T-Rex" ini mampu cetus gempa bumi

oleh Mohamad Hanif|
Kebanyakan trak yang kita kenali selalunya berguna untuk membawa muatan yang banyak, atau mengangkut barangan berat dari titik A ke titik B.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Trak yang kami paparkan kali ini tugasnya agak unik - untuk mencetuskan fenomena gempa bumi!

Dinamakan sebagai T-Rex atau nama penuhnya Large Mobile Shaker, T-Rex merupakan sebuah trak penggegar bumi tiga paksi, di mana ia mampu menjana gegaran secara melintang, menegak dan juga mendatar,
 

trex


Ia dikendalikan oleh sepasukan dari University of Texas dan dikatakan mampu menyalurkan daya seberat 27 tan kepada tanah sebanyak 30 kali dalam masa sesaat.

Menurut saluran Youtube Tom Scott, pada tetapan yang rendah, T-Rex mampu untuk menghasilkan gempa bumi kecil yang boleh menjadikan keadaan tidak stabil, dan itu merupakan tetapan yang dibenarkan untuk digunakan di dalam kampus.

Ini kerana, berdasarkan kenyataan professor Ken Stokoe, T-Rex suatu ketika dahulu secara tidak sengaja menggunakan tetapan gegaran yang tinggi di kampus UCLA, dan impak yang dihasilkan itu sangat berkuasa sehingga menyebabkan para pelajar bertempiaran lari ke bangunan berdekatan akibat terlalu takut.
 

trex


Selain daripada menghasilkan gempa bumi, jentera ini juga boleh digunakan untuk mengesan daya gelombang yang bergerak di dalam tanah dengan 'menanam' peralatan penderia di bawah tanah.

Cara pengukuran ini merupakan satu perkara penting untuk menguji ketahanan bangunan seperti loji kuasa di mana rekaan kalis gempa bumi merupakan satu keperluan.

Jelas Stokoe lagi, mereka boleh menilai profil kekakuan sehingga jarak setengah batu tanpa memerlukan lubang gerudi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Syarikat itu juga telah menempah dua lagi unit model GIGA terkini yang akan diserahkan dalam tempoh…
Berita Global
Mereka sedang mencipta pelbagai inisiatif bagi memanjangkan lagi jangka hayat sesebuah trak untuk…
Berita Domestik
Mohamad Hanif bin Md Nor telah dinobatkan sebagai juara pemandu trak dari ASAC Logistic Sdn Bhd…