Trak Tesla Semi 'rosak' disebabkan oleh gangguan berkaitan perisian

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Twitter @SilentAlert1
Baru beberapa bulan diedarkan kepada pelanggan, sudah terdapat beberapa laporan yang mendakwa ada unit Tesla Semi yang tersadai di tepi jalan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan terkini daripada Teslarati, kebanyakan trak elektrik Semi itu tidak mengalami kerosakan teruk seperti yang digembar-gemburkan, sebaliknya ia disebabkan oleh gangguan berkaitan perisian.

Ini kerana skrin berkembar yang didatangkan pada ruang kabin Tesla Semi itu kadang-kala berkelip dan paparan dimatikan untuk sementara waktu.
 

Tesla


Sumber yang rapat dengan program Tesla Semi di Modesto, California mendedahkan kebanyakan pemandu terpaksa berhenti di tepi jalan disebabkan mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya berdepan dengan situasi tersebut.

Masalah skrin berkelip dan terpadam itu sememangnya menyukarkan urusan pemandu untuk mengetahui informasi penting seperti tahap kelajuan, paparan kamera sisi dan jarak pemanduan yang masih tersisa.

Apatah lagi Tesla Semi tidak langsung mempunyai sebarang gugusan meter analog, sebaliknya semua informasi penting tersimpan di dalam dua skrin besar pada kiri dan kanan stereng.
 

Tesla


Kesemua trak Tesla Semi yang 'tersadai' itu kemudian dibawa ke satu lokasi rahsia berdekatan dengan Lathrop, California untuk diperiksa dan dibaiki.

Sumber: Teslarati

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan imej yang dimuatnaik menerusi laman media sosial Reddit r/RealTesla, sebuah Tesla Semi…
Berita Global
Dalam laman web rasmi, Tesla kini menerbitkan sebuah video ringkas yang memperlihatkan rekaan…
Berita Global
Dalam satu angka rasmi yang dikeluarkan oleh Tesla, pengeluar kenderaan elektrik itu telah berjaya…