Transmisi manual iMT Kia guna prinsip Clutch-by-Wire - lebih jimat bahan api

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala sistem transmisi automatik seperti auto konvensional, CVT, dan klac berkembar kini sudah pun lebih maju dan lebih efisien berbanding generasi terdahulu, terdapat beberapa pengeluar yang masih lagi setia menghasilkan transmisi manual pada model-model terkini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Seperti contoh, pengeluar dari Korea Selatan Kia telah pun memperkenalkan trenkuasa mild-hybrid (MHEV) yang digelar sebagai EcoDynamics dan dipadankan dengan sistem transmisi manual iMT.

Tidak seperti transmisi manual tipikal yang menggunakan sambungan mekanikal, sebaliknya sistem intelligent Manual Transmission (iMT) dioperasikan menggunakan elektronik sepenuhnya dan diintegrasikan dengan trenkuasa 48V itu tadi.

 


Ini bermakna, sistem transmisi manual ini boleh bekerjasama dengan sistem starter-generator yang membolehkan enjin dimatikan lebih awal daripada sistem Idle Stop & Go daripada Kia, dan sekaligus meningkatkan penjimatan penggunaan bahan api dan mengurangkan emisi CO2 sebanyak 3 peratus dalam pemanduan dunia sebenar.

Keadaan ini berguna ketika pemandu membiarkan kereta coasting - bergerak tanpa bergantung kepada kuasa enjin - di mana sekiranya pemandu membiarkan kereta meluncur dengan gear berada di dalam posisi, sistem iMT akan menghantar isyarat kepada kotak gear untuk mematikan operasi enjin dan membiarkan sistem klac terbuka.

Ini membolehkan kereta terus meluncur dan keadaan klac yang terbuka itu tadi akan melambatkan proses penghentian kenderaan.

Dan bila mana pemandu menekan kembali pendikit minyak atau klac untuk menukar gear, sistem akan kembali menghidupkan semula operasi enjin di dalam kedudukan asal gear itu tadi.

 


Menurut ketua unit trenkuasa Kia, Dr. Michael Winkler berkata, "kami sentiasa mencari jalan untuk menambahbaik keberkesanan trenkuasa dan prestasi.

"Sebuah kereta automatik atau transmisi klac berkembar sesuai untuk semua lapisan masyarakat, namun untuk pemandu Eropah mereka lebih gemar menukar gear dengan sendiri. Melihatkan kepada peningkatan minat terhadap model elektrik dan hibrid, iMT merupakan hasil daripada kajian kami untuk mentransformasikan transmisi manual klasik.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…