'Transporter' ditahan polis, sumbat 11 PATI dalam Wira!

oleh Penyumbang Rencana|
Belum sempat menerima upah, seorang lelaki yang menjadi “transporter” ditahan polis selepas cubaannya menyeludup sebelas orang pendatang tanpa izin (PATI) digagalkan.


Ia setelah sepasukan anggota polis dari Unit Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) Kubang Pasu menahan kereta Proton Wira dipinjam suspek di Kilometer 33 Lebuhraya Utara Selatan, Jitra pada 3.30 pagi Rabu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, suspek berusia 44 tahun itu menetap di Butterworth dan memaklumkan dia menerima upah RM500 untuk melakukan jenayah itu.

 

Beliau berkata, hasil siasatan polis suspek memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) ingin membawa kesemua PATI warga Myanmar itu ke Pulau Pinang.

 

“Suspek berasal dari Myanmar bekerja sebagai buruh binaan mengaku meminjam kereta itu daripada seorang lelaki di Butterworth.

 

“Dia memaklumkan upah akan diterima sebaik semua PATI itu selamat tiba ke destinasi yang dijanjikan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

 

Rodzi berkata, siasatan lanjut mendapati kesemua PATI itu masuk ke negara ini pada 7 petang Isnin melalui laluan tikus di Bukit Kayu Hitam.

 

Katanya semua mereka terdiri daripada dua wanita berusia 19 dan 29 tahun dan sembilan lelaki berusia antara 25 hingga 37 tahun.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

 

Menerusi tangkapan itu polis merampas sebuah kereta Proton Wira, dan telefon bimbit untuk siasatan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Kastam Negeri Perlis, Ismail Hashim berkata, kejadian itu berlaku di lorong pemeriksaan…
Berita Domestik
Beliau berkata, berikutan itu anggota peronda MPV Gerik kemudian melancarkan "Op Kesan" di kawasan…
Berita Domestik
Menurutnya, rampasan terbesar membabitkan jumlah 3.8 juta barang rokok pelbagai jenama bernilai RM2…