Treeletrik bakal eksport 200,000 unit motosikal elektrik ke Indonesia

oleh SALINA JALIL|
Tree Technologies Sdn Bhd (Treeletrik) iaitu pembuat kenderaan elektrik (EV) tempatan dengan kehadirannya di pasaran ASEAN telah menandatangani kerjasama untuk membekalkan 200,000 unit motosikal 100 peratus elektrik ke Indonesia melalui pengedarnya.


Dalam satu kenyataan media, Treeletrik berkata, kerjasama tiga tahun dengan pengedarnya, iaitu PT Pasifik Sakti Enjiniring dan Nahdatul Ulama Board (PBNU) telah memperluaskan operasi serantau sebagai pemain utama dalam mempromosikan mobiliti elektrik, menyokong agenda peralihan tenaga ASEAN.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Perkongsian itu juga meletakkan Malaysia sebagai pengeluar EV utama dan pembekal serantau pertama untuk mengeksport unit di ASEAN, sejajar dengan lanskap tenaga yang terus berkembang di rantau ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Treeletrik, Datuk Viswananthan Menon berkata, motosikal elektrik itu menawarkan penjimatan kos jangka panjang kepada pelanggan dan yang lebih penting menyumbang kepada kesan positif secara keseluruhan kepada alam sekitar.

 

"Matlamat utama rantau ini adalah untuk menurunkan tahap penggunaan tenaga di sektor pengangkutan darat menjelang tahun 2040 membuka jalan bagi pembuat EV seperti Treeletrik untuk terus membangun ekosistem EV yang progresif," katanya.

 

Motosikal e-motor Treeletrik tersebut dapat memberikan kelajuan purata antara 65 hingga 90 kilometer sejam (km/j) dan mempunyai keupayaan melakukan jarak perjalanan 85 hingga 120 km setiap hari dan kosnya adalah antara satu sen hingga dua sen untuk satu kilometer (berdasarkan kadar elektrik Tenaga Nasional RM0.571/Pengecasan KwH dengan tarif tertinggi).

 

 

 

Motosikal e-motor itu juga diperakui di Eropah dan Malaysia dengan ciri-ciri UNECE WP.29 menampilkan teknologi bateri lithium swap pantas Treeletrik.

 

Sebagai persediaan untuk memenuhi nilai kontraknya yang semakin meningkat, syarikat itu melabur dalam kemudahan pemasangan, pengeluaran, dan pemasaran yang akan dimulakan di Selangor dan seterusnya di sebuah kemudahan baharu di Gebeng, Pahang.

 

Ia juga merancang untuk membangunkan kilang pemasangan di Indonesia, sebuah usaha sama dengan Pasifik Sakti Enjiniring untuk memperkemaskan kecekapan rantai bekalan dan menambahbaik margin melalui pemasangan tempatan di pasaran dengan permintaan yang mencukupi.

 

Penggiat EV mula mengeksport kira-kira 50 unit motosikal elektrik ke Thailand dan Indonesia pada tahun 2020, dengan tambahan 15,000 unit akan dieksport tahun ini.

 

Selain itu, Treeletrik juga ingin memperluaskan ke pasaran negara lain seperti Filipina dan Kemboja.

 

Menurut Menon lagi, selain dari pasaran motosikal elektrik, perbincangan juga sedang berjalan terhadap rangkaian e-basikal Treeletrik. Ini akan mengembangkan lagi operasi syarikat di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tree Technologies ialah anak syarikat Ideanomics (NASDAQ: IDEX) ("Ideanomics" atau "Syarikat").…
Berita Domestik
IDEX juga membeli 11.22 peratus saham syarikat induk Tree Motion, Tree Manufacturing Sdn Bhd dengan…
Berita Domestik
Lori mikro itu memang kompak dan lebar sedikit dari Perodua Kancil. Beratnya ialah 558 kg tanpa…