Katanya, pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya akhirnya mengesan pemandu treler itu di sebuah syarikat terletak di Negeri Sembilan, pada jam 3 petang Jumaat.
“Ketika dirakam keterangan, pemandu treler berusia 23 tahun mengaku cuai ketika mengendalikan kenderaan dipandunya.
“Tindakan saman dikeluarkan mengikut Kaedah-Kaedah Lalulintas, Ln 18 166/1959 (muatan merbahaya dan tidak kemas).
“Sikap sambil lewa pemandu kenderaan bakal mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Wan Azlan berkata, pemandu yang didapati melakukan kesalahan muatan tidak diikat rapi mengikut Kaedah-Kaedah Kesalahan Lalulintas, boleh dikenakan denda sehingga RM2,000.
Menerusi rakaman video berdurasi 36 saat itu, treler terbabit yang dalam perjalanan arah ke selatan dilihat membawa muatan sebuah kontena yang berada dalam kedudukan senget dipercayai akibat tidak diikat dengan kemas.