Honda City Refresh BILLBOARD Banner Campaign March 2025
Honda City Refresh BILLBOARD Banner Campaign March 2025
BYD Atto 3 Ultra BILLBOARD Banner Campaign March 2025
BYD Atto 3 Ultra BILLBOARD Banner Campaign March 2025

Treler rempuh enam kenderaan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

oleh Penyumbang Rencana|
foto Berita Harian
Enam kenderaan mengalami kerosakan selepas dirempuh sebuah treler di persimpangan lampu isyarat Sri Medan di Batu Pahat pada Ahad.

Treler dipandu lelaki berusia 46 tahun yang sarat dengan muatan bata itu, merempuh empat kereta serta dua motosikal yang sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, sebaik tiba di lokasi laluan menuruni bukit, pemandu menyedari treler itu mengalami masalah brek sebelum merempuh kenderaan berhenti di persimpangan lampu isyarat tersebut.

Keputusan ujian saringan awal air kencing terhadap pemandu treler terbabit bebas daripada pengaruh dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tidak cermat dan tidak bertimbang rasa hingga menyebabkan kemalangan.

Katanya, treler itu ditahan bagi pemeriksaan lanjut di PUSPAKOM Batu Pahat.

Rakaman kejadian terbabit turut tular di media sosial yang menunjukkan sebuah lori meluncur laju sebelum merempuh beberapa kenderaan.

Lori terbabit berhenti kira-kira 100 meter dari lokasi.

 

Bacaan sepenuhnya di Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Mohd Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima…
Berita Domestik
Hujan lebat sejak Rabu menyebabkan beberapa laluan utama di bandar raya di Johor Bahru dinaiki air…
Berita Domestik
Katanya, pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)…