Treler rempuh lapan kenderaan di NKVE

oleh Penyumbang Rencana|
foto Sinar Harian
Sebuah treler yang mengalami masalah brek ketika menuruni jalan berbukit di Kilometer 18.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) di Petaling Jaya merempuh lapan kenderaan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, laporan kejadian diterima pihaknya pada jam 6.03 petang.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Menurut Shahrulnizam dalam kenyataan pada Selasa, lokasi kemalangan di kawasan sedikit menuruni bukit, treler telah melanggar lapan kenderaan lain yang sedang dipandu perlahan kerana jalan sedikit sesak.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- jalan sesak tetapi treler masih rempuh? Adakah bermaksud treler sememangnya dipandu laju? Mujur tidak melibatkan nyawa tetapi siapa yang tanggung kos baiki kenderaan mereka yang terbabit?-

Bacaan selanjutnya di Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Mohd Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima…
Berita Domestik
Hujan lebat sejak Rabu menyebabkan beberapa laluan utama di bandar raya di Johor Bahru dinaiki air…
Berita Domestik
Katanya, pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)…