Treler terbakar - 4 kereta Honda baharu musnah

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan JBPM
Sebuah treler terbakar di Kilometer 227.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berdekatan Pedas, di Rembau, petang tadi (Selasa). Empat buah kenderaan Honda baharu musnah dijilat api dalam kebakaran tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Mohd. Izwan Md. Said berkata, sepasukan anggota dari Balai Rembau, Kota dan Alor Gajah, Melaka dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pukul 5.20 petang.

 

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi didapati kebakaran melibatkan bahagian belakang sebuah treler membawa kereta baharu.

 

“Secara keseluruhannya terdapat enam buah kereta di atas treler tersebut. Empat daripadanya musnah 100 peratus manakala dua lagi masing-masing terbakar 50 peratus dan tidak terbakar.

 

“Setakat pukul 6.25 petang ini, operasi masih berjalan. Punca dan jumlah kerugian juga masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi.

 

Terdahulu, tular di media sosial berhubung satu video berdurasi 24 saat memaparkan sebuah treler membawa kenderaan baharu terbakar.

 

Video di bawah ini:

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 10 pagi Khamis di Kilometer 35 Lebuhraya Link Kedua…
Informasi
Menurutnya, semasa kejadian, kenderaan yang dipandu seorang lelaki dari arah utara menghala selatan…
Berita Domestik
"Sekatan jalan raya itu dijalankan sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Jelutong bermula jam 10…