Trend Dan Gaya Hidup Di neu by Cycle & Carriage

oleh Penyumbang Rencana 2|
Buat pencinta dunia fesyen, dapatkan rekaan pakaian terkini neu oleh Cycle & Carriage iaitu jenama gaya hidup pertama berkonsepkan kedai yang dihimpunkan di pameran paling bergaya jenama pilihan tempatan ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Cycle & Carriage telah mengadakan sebuah pameran fesyen masa depan bertemakan “Fashion Forward” yang bertumpukan kepada konsep kedai gaya hidup di Pusat Membeli Belah 1 Utama bermula hari ini sehingga 30 September 2022.
 

CnC


Pameran kedai tersebut juga menampilkan rekaan fesyen daripada pereka tempatan seperti Outdwell, Kanoe dan Li’s Atelier. Mereka merupakan individu yang turut mempamerkan pertunjukkan rekaan pakaian semasa Mercedes-Benz Fashion Week KL 2022 dan menjadi sebahagian daripada pengalaman gaya hidup moden serta terkini untuk Cycle & Carriage.

Terdapat pelbagai rekaan pakaian berkualiti anatranya OutdWell’s menampilkan pakaian lelaki yang diinspirasikan daripada seni, filem, fotografi dan muzik. Rekaan batik moden memukau daripada Kanoe’s dan pakaian semula jadi mesra bumi yang direka dengan teliti oleh Li’s Atelier.
 

CnC


Melengkapkan lagi pengalaman anda, turut dipamerkan Mercedes-Benz AMG GT C untuk pengunjung sendiri melihat dan mendekati kenderaan yang bergaya dan menakjubkan ini.

Ditambah lagi dengan model dua pintu C190 GT, ia dipasangkan dengan lampu LED pada bahagian lampu depan dan belakang  kereta bersama sistem pemantulan three-chamber yang terbaharu.
 

CnC


Dengan penambaikan dalaman dan luaran, peminat Mercedes-Benz akan dapat menikmati pengalaman yang luar biasa bersama Cycle & Carriage.

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Berita Global
Berakar umbi dalam perniagaan sukan permotoran, A$AP Rocky akan berkhidmat sebagai Pengarah Kreatif…
Gaya Hidup
Mungkin ramai yang agak keliru dengan kehadiran industri automotif dengan dunia fesyen terutamanya…
Berita Domestik
Jenama yang sinonim dengan stail dan glamor itu masih mengekalkan hubungan yang erat terhadap…