Trend merempit berubah; lebih pentingkan hadiah wang tunai dari ganjaran wanita!

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Lonjakan wang pertaruhan pada setiap kali perlumbaan yang ada kala­nya mencecah sehingga RM50,000 menjadi punca sebahagian mat rempit kekal berlumba kerana gelap mata dan tidak lagi mempedulikan ganjaran wanita se­perti sebelum ini.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

 

Golongan itu mengakui, pertaruhan melibatkan cikaro atau bohsia tidak lagi diamalkan ke­rana dianggap sebagai kelas bawahan (low class).

 

Duit itu akan digunakan untuk membeli atau mengubah suai motosikal selain menjadi pendapatan sampingan.

 

Perubahan itu juga disebabkan faktor ekonomi ketika ini yang memerlukan wang bagi menampung kos sara hidup.

 

Kini lumba haram banyak me­libatkan motosikal Yamaha Y150 berbanding Yamaha RXZ atau 125ZR seperti sebelum ini.

 

Seorang mat rempit dikenali sebagai Rafi Jamal, 32, berkata, wang pertaruhan yang ba­nyak biasanya melibatkan kelab dan bengkel sekitar RM2,000 hingga RM5,000, manakala bagi perlumbaan persendirian pula dikenakan bayaran serendah RM50.

 

penonton perlumbaan haram juga boleh dikenakan tindakan

 

“Memang ada hadiah perlumbaan menawarkan wanita tetapi ia ‘low class’ sebab mat rempit tidak cukup wang untuk bayar.

 

“Ia hanya popular pada zaman 90-an tetapi sekarang mat rempit kejar duit. Sejak 10 tahun lalu, saya telah menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk motosikal,” katanya kepada Kosmo! Ahad.

 

Di Kota Bharu, Kelantan seorang mat rempit dikenali sebagai Halim, 25, mendedahkan dia mendapat sehingga RM6,000 sebulan hanya dengan berlumba pada setiap hujung minggu.

 

Katanya, lumba haram di Kelantan ‘kasar’ kerana ada yang melibatkan wang pertaruhan sehingga RM50,000.

 

“Ketika itu saya jadi ketagih dan tak senang duduk kalau tidak berlumba kerana sudah terlibat sejak berusia 16 tahun. Hasil lumba haram, saya dapat beli Yamaha RXZ pada harga RM5,000 pada 2018,” katanya.

 

Menurut Halim, wang itu digunakan untuk ubah suai dan me­nukar alat ganti selain membeli motosikal baharu.

 

Pihak polis dan JPJ sentiasa mengadakan operasi bagi membenteras kegiatan lumba haram

 

“Dua tahun ini, saya sudah jarang berlumba haram sejak terlibat kemalangan ketika merempit dari Bukit Keluang, Terengganu ke Kelantan. Dua hari saya koma dan terus rasa trauma hendak tunggang motosikal,” katanya.

 

Bagaimanapun, jika ada yang mempelawa, Halim akan turut merempit bagi melepaskan gian.

 

“Lumba haram kerap diadakan di Jalan Padang Kala, Melor dan ada yang mencecah RM50,000 di mana ia perlu ­di­­a­gihkan untuk mekanik, joki dan pemilik,” katanya.

 

Di Shah Alam, Selangor, seorang mat rempit dikenali sebagai Mustaqim, 26, berkata, jika perlumbaan itu disertai semua jenis motosikal, jumlah taruhan kebiasaannya lebih rendah iaitu bermula dengan RM500.

 

“Jika kategori tertentu seperti Yamaha RXZ dan 125Z melibatkan pertaruhan lebih besar sehingga melebihi RM10,000,” katanya.

 

Menurut Mutaqim, faktor ekonomi antara punca pertaruhan kini lebih tertumpu kepada habuan wang tunai berbanding wanita.

 

“Tidak dinafikan sebelum ini memang ada yang mempertaruhkan perempuan termasuk gadis bawah umur atau pelajar sekolah sebagai hadiah perlumbaan.

 

“Namun, kini mat rempit lebih menumpukan wang tunai antara­nya bagi membuat modifikasi motosikal mereka terutama enjin,” katanya.

 

Di Ipoh, Perak, mat rempit dikenali sebagai Adly, 22, ber­kata, dia melakukan aktiviti haram tersebut kerana mahu menambah sumber pendapatannya.

 

Ujarnya, gaji sebagai mekanik tidak cukup untuk menampung hidupnya di Menglembu.

 

“Jika menang saya dapat duit mingguan dalam RM400 hingga RM500, saya sudah cukup seronok. Kadang-kadang hanya dapat RM200 sahaja tetapi lumba tetap lumba,” katanya.

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Polis mengesan video tular di media sosial memaparkan aksi menunggang secara melulu dan…
Berita Domestik
Remaja yang dikenali sebagai Amir, 15, memberi alasan dia bersama abang dan lima lagi rakan masing-…
Berita Domestik
Susulan aduan diterima polis melakukan pemantauan mendapati kegiatan kumpulan itu semakin aktif…