Trend pakai jaket terbalik hanya di Malaysia!

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Cara pemakaian baju jaket terbalik bagi penunggang motosikal yang sering kita perhatikan merupakan trend yang hanya ada di Malaysia.


Pelbagai pendebatan telah kita dengar selama ini, ada yang kata trend tersebut bahaya dan ada juga yang menjelaskan cara pemakaian itu memudahkan.

 

Laman web automotif Careta juga sebelum ini pernah memberikan pandangan bahawa terdapat 10 sebab mengapa penunggang kita sahaja yang menggunakan trend tersebut.

 

Salah satunya adalah kerana lebih cepat serta dianggap sebagai cara unik hanya penunggang motosikal di negara ini.

 

Walau apa sekalipun sebab trend tersebut menjadi ikutan dalam kalangan penunggang tempatan, paling penting adalah soal keselamatan.

 

Jaket yang dipakai secara terbalik kebiasaannya tidak dizip dan ini menyebabkan jaket tersebut mengibas dengan kuat ketika motosikal bergerak dalam keadaan laju.

 

Jaket yang mengibas boleh menyebabkan tersangkut pada kenderaan lain ketika mencelah atau memotong serta boleh tersangkut pada tayar atau rantai motor sendiri.

 

Orang ramai juga turut meluahkan pendapat mereka di media sosial dan turut akui pemakaian seperti itu boleh menyebab kemalangan jiwa.

 

“Kalau tak pakai hitam pula tangan, Malaysia ni panas. Kalau pakai macam biasa nampak tidak ikut trend pula nanti, ” jelas Zulhisham Zulkifli.

 

“Penunggang kita pentingkan masa, kalau pakai secara betul nanti lambat, walaupun bukan ambil masa terlalu lama tapi itulah orang kita, janji trend sahaja, ” kata Mat Luqie Fauzi.

 

s
gambar hiasan - kes terdahulu

 

 

Kosmo