Trio Saga, Iriz, Suprima S kuasai pusingan ketiga perlumbaan MCS 2019!

oleh Mohamad Hanif|
Perlumbaan pusingan ketiga Siri Kejuaraan Malaysia (MSC 2019) yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang itu menyaksikan trio Pasukan R3 Proton berjaya merangkul kemenangan dua kali berturut-turut.

Malah, dalam perlumbaan kedua yang diadakan, ketiga-tiga jentera Saga, iriz, dan Suprima S berjaya menawan podium dengan begitu bergaya, sekaligus menjadikan R3 pasukan yang paling menonjol di dalam kelas M-Production. 

 


Permulaan perlumbaan pada hujung minggu lalu tidak berpihak pada pasukan R3 kerana sesi kelayakan adalah tidak seperti yang dirancang. 

Proton Suprima S yang dipandu oleh Mitchell Cheah layak berada di pole position tetapi rakan sepasukannya Fariqe Hairuman dan Syafiq Ali yang memandu Proton Iriz dan James Veerapen dalam Proton Saga terpaksa bermula di tempat keempat dan kelima pada grid permulaan.
 


Semasa perlumbaan, Proton Suprima S yang dipandu oleh Mitchell menguasai perlumbaan itu dan memberikan R3 satu lagi kemenangan kelas M-Pengeluaran dalam kejuaraan 2019. 

Dua lagi kereta R3 mengakhiri perlumbaan di tempat keempat dan kelima, membuatkan pasukan itu perlu berusaha dengan lebih keras bagi mencapai kemenangan seterusnya pada hujung minggu itu.
 


Sesi perlumbaan kedua pula menyaksikan ketiga-tiga jentera tersebut pantas mendahului di mana prestasi unggul pada Proton Suprima S, Iriz dan Saga memberikan pasukannya satu perlumbaan yang tidak dapat ditandingi.

Pada akhir perlumbaan tersebut, Proton Iriz (Farique dan Syafiq) berjaya melintasi garisan penamat diikuti Mitchell dengan Proton Suprima S dan James di dalam Proton Saga.
 


Ini merupakan kali pertama R3 menamatkan perlumbaan di kedudukan tiga teratas dan keputusannya meninggalkan Fariqe dan Syafiq hanya dua mata di belakang pemenang kejuaraan terkini untuk kelas M-Pengeluaran dalam Siri Kejuaraan Malaysia 2019.

Menurut Gary Lee, Ketua Pasukan Proton R3 berkata, "Pusingan ketiga MCS memberikan cabaran yang hebat kepada R3 dalam usaha untuk memaksimumkan mata perlumbaan.

"Dengan format perlumbaan selama satu jam di hujung minggu, ia merupakan peluang terbaik bagi kami menunjukkan prestasi dan ketahanan kereta Proton," ujarnya.

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Informasi
Gambar Proton Putra WRC ini bukanlah kali pertama dilihat oleh warga netizen, ia telah beberapa…