Triton Kamal Adli terbenam dalam lumpur

oleh SALINA JALIL|
Pelakon, Kamal Adli berkongsi memori mencuit hati kenderaan lasak empat pacuan jenis Triton terbenam di pesisiran pantai ketika air surut, pada hari Sabtu lalu.


Menurut pelakon drama Scammer yang sedang berada di Kuantan, Pahang itu, dia sudah lama tidak menggunakan Triton untuk diuji kelebihan yang sinonim dengan aktiviti lasak dan berkebolehan dipandu pada permukaan bumi yang tidak rata.


Pun begitu, siapa sangka kenderaan gagah berkenaan tiba-tiba lemah hampir ditelan lumpur pantai.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Alkisah petang tadi niat hati nak cuba`lah uji kekuasaan kereta yang lama tidak dicuba ini. Kawan cakap boleh guna jalan pantai pergi beli keropok. Masuklah ke pantai dengan riang dan sombongnya.

 

“Kereta aku pacu menyusuri pantai angin. Aku terus memandu sehingga hujung pantai sambil membuat Donut (gelaran keretanya) satu pusingan.

 

“Pada pusingan kedua Donut aku menjadi badak berendam termasuk dalam lumpur, malunya inilah kisah aku. Terima kasih kepada abang-abang Triton semua! Selamat!,” luahnya di Instagram.

 

Menerusi perkongsian hantaran beberapa keping gambar, dapat dilihat beberapa orang awam di kawasan tersebut berganding bahu dan bekerjasama membantu kereta lasaknya itu ditarik naik ke permukaan kering dengan menggunakan jentera.

 

Menjengah di rungan komen, majoriti pengikut, peminat dan rakan-rakan selebriti terhibur dengan perkongsian Kamal dan ada juga yang beranggapan Kamal sedang menjalani sesi penggambaran komersial kereta

 

triton kamal

.- UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Seiji Watanabe, pengurus besar bahagian reka bentuk Mitsubishi Motors, "kami amat berbesar…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata hasil siasatan awal…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…