Triumph Street Triple 765 MOTO2 Edition rasmi di Malaysia - 6 unit terhad habis dijual, harga RM89,900

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Triumph Motorcycles Malaysia telah melancarkan satu lagi versi Street Triple istimewa untuk pasaran Malaysia, iaitu Triumph Street Triple 765 MOTO2 Edition, melengkapkan penawaran barisan model tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Triumph Street Triple 765 MOTO2 Edition didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Racing Yellow dan Crystal White, yang hanya dihasilkan sebanyak 765 unit setiap warna.

 

2

 

6 unit dikhaskan untuk pasaran Malaysia, namun sayang sekali kesemuanya telah habis dijual.

Dari segi kuasa, Street Triple 765 MOTO2 Edition mengekalkan spesifikasi yang sama seperti Street Triple 765 RS, dimana ia dikuasakan enjin 765 cc 3 silinder sebaris yang menghasilkan 128 HP dan 80 Nm.

 

3

 

Enjin pada model tersebut turut menerima kemaskini pada komponen seperti aci engkol, balancer dan transmisi baharu, dimana ia transmisi 6 kelajuan bersama ratio yang lebih pendek.

Ia juga didatangkan standard dengan fungsi quickshifter dan kawalan cengkaman, bersama pilihan mod tunggangan Rain, Road, Rider, Sport, dan tambahan mod Track, khusus untuk versi RS dan MOTO2 Edition bersama meter TFT 5 inci.

 

3

 

Antara ciri istimewa yang ditawarkan pada Street Triple 765 MOTO2 Edition ialah hendal jenis clip on yang boleh dilaras mengikut kesesuaian penunggang.

Pada bahagian suspensi, Street Triple 765 MOTO2 Edition dilengkapi dengan fork hadapan Ohlins 41 mm dan monoshock Ohlins STX 40 di bahagian belakang.

 

4

 

Ia turut dipadankan dengan dua angkup brek Brembo Stylema dan cakera brek bersaiz 310 mm di hadapan.

Melengkapkan lagi rupa Street Triple 765 MOTO2 Edition, ia turut dilengkapi komponen diperbuat dari getian karbon pada bahagian mudguard depan, panel sisi, pelindung lampu depan, belly pan dan pelindung hujung ekzos.

 

5

 

Triumph Street Triple 765 MOTO2 Edition ditawarkan pada RM89,900, walaupun sudah habis dijual, anda masih boleh memilik dua lagi versi yang tersedia, iaitu Street Triple 765 R dari RM59,900 dan Street Triple 765 RS dari RM73,900.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Speed 400 dan Scrambler 400 X merupakan model serba baharu…
Pelancaran
Tiger 900 GT Aragon Edition diperkenalkan bersama satu lagi model istimewa, iaitu Tiger 900 Rally…
Model Terbaharu
Tiger Sport 660 direka untuk membawa kelebihan triple-powered Triumph dalam kategori motosikal…