Tsunehiro Kunimoto - insan di sebalik Dynamic Shield bersara 1 April ini

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda perasan beberapa tahun kebelakangan ini, Mitsubishi sudah mula menemui rentak tersendiri di dalam menawarkan falsafah rekaan yang seragam untuk kesemua barisan kenderaannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dinamakan sebagai Dynamic Shield, ia merupakan hasil kerja tangan Naib Presiden Korporat Mitsubishi merangkap Pengurus Besar Divisyen Rekaan pengeluar tiga berlian, Tsunehiro Kunimoto. 

Rekaan awal Dynamic Shield mula diperlihatkan pada model seperti Outlander dan Pajero Sport sebelum diperluaskan kepada model-model lain seperti trak pikap Triton, crossover Eclipse dan hatchback Mirage. 

Menurut Kunimoto, beliau memperkenalkan rekaan Dynamic Shield dengan memperkembangkan rekaan warisan Mitsubishi demi mencipta sebuah identiti baharu untuk jenama tersebut. 

 


Lelaki yang bertanggungjawab terhadap Dynamic Shield ini walaubagaimanapun diberitakan akan bersara berkuat kuasa 1 April ini. 

Berusia 69 tahun, beliau berhijrah dari Nissan ke Mitsubishi dengan membawakan satu cabaran untuk mengubah nasib Mitsubishi terutama di dalam bidang rekaan. 

Sebelum itu di Nissan, Kunimoto merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap rekaan crossover Infiniti FX, sedan G, serta model konsep yang kemudiannya dijadikan sebagai 350Z.

Malah, tidak ramai yang tahu bahawa beliau juga sebenarnya merupakan insan di sebalik kereta sports Nissan yang lagenda sehingga kini, Nissan Skyline GT-R R32. 

 


Dengan Mitsubishi, Kunimoto mahu mencipta satu bahasa rekaan yang mudah untuk dikenali, tahan lama, serta mampu menyalurkan satu penjemaaan yang kuat terhadap Mitsubishi Motors, terutama pada kenderaan seperti SUV dan trak pikap. 

Setakat ini, Mitsubishi masih belum mengumumkan pengganti Kunimoto sebagai ketua unit rekaan global.