Tuah 10 pembeli kereta Nissan baru bawa pulang kerusi urut Gintell!

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru-baru ini menyampaikan hadiah kepada 10 pemenang bertuah dengan sebuah kerusi urut GINTELL DéSpace Star bernilai RM13,988 setiap satu untuk kempen ‘Festive Bonanza Hari Raya’.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Para pemenang bertuah itu merupakan pelanggan yang membeli dan mendaftarkan sebuah kenderaan Nissan sepanjang kempen ini berlangsung dari Mei hingga Jun 2019. 

Senarai pemenang yang datang dari pelbagai rantau di Malaysia adalah seperti berikut: 
 

NAMA

MODEL NISSAN YANG DIBELI

Anis Ismarini Binti Ismail @ Ibrahim

X-Trail 2.0L

Muhammad Zaky Bin Ab Alim

Serena 2.0L S-Hybrid

Chow Huey Ling

X-Trail 2.0L Hybrid

Chee Soon Beng

Serena 2.0L S-Hybrid

Cheah Weng Sang

X-Trail 2.0L

Syaiful Azlan Bin Shafiee

Navara 2.5L

Mahavisnam A/L Rajoo

Navara 2.5L

Rosliza Binti Hassan

Navara 2.5L

Muhammad Saifuzan Bin Sapili

Navara 2.5L

Aniq Irsyaduddin Bin Johari

Almera 1.5L

 


Sebagai tambahan, mereka layak untuk menyertai peraduan utama 'Beli Kereta Menang Rumah'*, di mana pelanggan Nissan berpeluang memenangi sebuah pangsapuri servis 2+1 bilik baharu bersama dua ruang parkir bernilai RM665,000* di The ERA, Duta North Kuala Lumpur.

Peraduan ini merupakan satu kerjasama unik di antara ETCM dan JKG Land Berhad. Peraduan utama 'Beli Kereta Menang Rumah'* bermula dari 1 Disember 2018 hingga 31 Disember 2019, dan pelanggan yang membeli dan mendaftarkan kenderaan Nissan di antara tempoh ini layak menyertai kemasukan peraduan.

Orang ramai juga dijemput untuk mengunjungi Karnival Nissan ‘Electrifying Drive’ pada dua hujung minggu dari 13 hingga 15 September dan 20 hingga 22 September 2019 masing-masing yang diadakan di bilik pameran ETCM terpilih di seluruh negara.
 


Anda boleh merasai pengalaman memandu kenderaan elektrik Nissan LEAF serba baharu yang paling laris di dunia, memenangi pelbagai hadiah menarik dan menyertai banyak aktiviti menyeronokkan seperti Pengalaman Menikmati Virtual Reality Tech Drive. 

Tarikh dan lokasi Karnival Nissan ‘Electrifying Drive’ adalah seperti berikut:
 

Tarikh

Wilayah

Lokasi

13 – 14 September

Pantai Timur

Tesco Kota Bharu**

14 – 15 September

Utara

ETCM Butterworth

Tengah

ETCM Petaling Jaya

Tengah

ETCM Pandan Indah

Selatan

ETCM Semabok

Selatan

ETCM Johor Jaya

Sarawak

ETCM Kuching

Sabah

ETCM Kota Kinabalu

20 – 21 September

Utara

ETCM Langkawi**

21 – 22 September

Utara

ETCM Ipoh

Utara n

ETCM Sitiawan

Tengah

ETCM Kepong 

Tengah

ETCM Cheras

Selatan

ETCM Nilai

Selatan

ETCM Muar

Sarawak

ETCM Miri**

Sabah

ETCM Sandakan**


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…