Tuah pandu cermat, nenek 93 tahun ini dapat insurans percuma seumur hidup!

oleh Mohamad Hanif|
Berkat memandu dengan cermat tanpa sebarang kemalangan dan tidak pernah membuat sebarang tuntutan insurans, seorang pemandu wanita berusia 93 tahun telah dianugerahkan perlindungan insurans kenderaan percuma untuk seumur hidup!
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Mrs Silvana, seorang pemandu warga Itali dikatakan telah menjadi pelanggan tetap untuk syarikat insurans Cattolica Assicurazioni semenjak tahun 1959, dan beliau merupakan antara pelanggan yang bebas masalah sepanjang 62 tahun memandu.

Ini bermakna, tidak kira kereta yang beliau miliki sebelum ini, atau Fiat 600 yang dipandu pada ketika ini tidak pernah mengalami sebarang kerosakan kenderaan, dan Mrs Silvana juga sangat bernasib baik apabila tidak pernah mengalami sebarang kemalangan!

Ia merupakan satu pencapaian yang cukup bermakna, apatah lagi negara Itali pernah disifatkan sebagai negara paling berbahaya untuk memandu sebuah kereta disebabkan jaringan jalan raya yang teruk dan perangai segelintir pemandu yang gemar memandu laju di sana.

Disebabkan itu, syarikat insurans Cattolica Assicurazioni menawarkan perlindungan insurans kenderaan komprehensif percuma seumur hidup untuk Mrs. Silvana, tidak kira apa jua yang terjadi.


Sumber: DriveTribe