Tujuh kenderaan kemalangan termasuk 4 penunggang motosikal cedera

oleh SALINA JALIL|
Empat penunggang cedera selepas motosikal yang ditunggangi mereka melanggar sebuah Perodua Myvi yang terbabas dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 25 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), arah Puchong ke Kelana Jaya, di sini petang tadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, berkata kemalangan kira-kira jam 4.55 petang itu berpunca daripada pemandu Perodua Myvi yang mengekori rapat kereta Mazda CX3 tidak sempat menekan brek lalu melanggar belakang kenderaan itu.

 

Perlanggaran tersebut menyebabkan kereta Myvi terbabit terbabas dan melintang di lebuhraya sebelum dilanggar pula oleh empat buah motosikal yang melalui laluan yang sama.

 

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi terlanggar belakang kereta Mazda CX3 dan menyebabkan kenderaan itu (Mazda) terlajak ke hadapan kemudian melanggar Proton Persona.


Katanya, seorang daripada penunggang motosikal terbabit cedera di bahagian dada dan luka pada lutut kiri; seorang lagi patah tulang pinggul serta pergelangan tangan kanan.

 

Penunggang ketiga patah pergelangan tangan kiri manakala penunggang motosikal keempat retak kaki kiri. Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.

 

“Setakat ini, hanya pemandu Mazda dan Persona yang tampil membuat laporan. Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 

Video kemalangan tersebut telah pun viral di blog-blog facebook sejak malam tadi (Ahad) dan beberapa komen para netizen menyatakan bahawa penunggang motosikal yang terbabit baharu sahaja pulang dari menyertai Karnival Yamaha Gen Blu yang telah berlangsung di MAEPS semalam.

 

 

 

*Sumber: Berita Harian dan Sinar Online

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…