Tujuh kenderaan rosak dihempap pokok tumbang

oleh Penyumbang Rencana|
foto Berita Harian
Kira-kira tujuh buah kenderaan dan sebuah rumah telah mengalami kerosakan selepas dihempap pokok tumbang di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur, Cheras Dan Sentul, Mejar (PA) Ahmad Junaidi Dukut Soerharto berkata, pihaknya menerima laporan berhubung dua pokok tumbang di Jalan 3/23D, Danau Kota pada jam 4.54 petang.

Kejadian itu menyebabkan tujuh kenderaan mengalami kerosakan.

Pada jam 5.04 petang, APM menerima laporan tujuh pokok tumbang di Jalan Cengal Selatan, Taman Setapak yang menyebabkan sebuah rumah rosak di bahagian bumbung dan membabitkan seorang mangsa.

Menurut Ahmad Junaidi, mereka turut menerima laporan pokok tumbang di Jalan Brunei Selatan Pudu pada jam 7.21 malam namun tiada mangsa dan kenderaan yang terjejas.

Kejadian sama turut dilaporkan berlaku di Jalan Sultan Salahuddin pada 6.20 petang dan tiada mangsa mahupun kenderaan terjejas.

Beliau berkata, anggota APM diatur gerak ke lokasi berkenaan untuk tindakan memotong dan mengalihkan pokok tumbang yang menghalang laluan.

- salam takziah kepada mangsa yang terlibat -

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kejadian turut menyebabkan seorang wanita berusia 19 tahun cedera apabila kereta Perodua Myvi…
Informasi
"Laluan ini sudah ditutup sepenuhnya. Bagi kenderaan yang masih tersangkut (terperangkap) di laluan…
Berita Domestik
Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.25 petang, yang memaklumkan terdapat pokok…