Tujuh pembuat kereta di Korea Selatan panggil balik 326,723 kenderaan

oleh Penyumbang Rencana|
Tujuh pembuat kereta tempatan dan asing di Korea Selatan secara sukarela menarik balik 326,723 kenderaan ekoran kecacatan pembuatan, menurut Kementerian Pengangkutan pada Rabu, lapor Xinhua.

CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Hyundai Motor akan memanggil semula 273,643 daripada lima model kenderaannya, termasuk G80, untuk membaiki kerosakan komponen tali pinggang tempat duduk hadapan serta 2,438 kenderaan GV60 kerana ralat unit penghantaran kuasa, menurut Kementerian Darat, Infrastruktur dan Pengangkutan.

Kia Motors yang bergabung dengan Hyundai akan menarik balik 36,171 unit Bongo-3 kerana kerosakan reka bentuk pemanasnya.

Mercedes-Benz Korea bakal menarik balik 9,178 unit daripada 10 model, termasuk S 580 4MATIC kerana ralat perisian dalam sistem kawalan kestabilannya, manakala GM Korea akan memanggil balik 2,294 unit Equinox disebabkan kerusi perlindungan kanak-kanaknya tidak mematuhi piawaian keselamatan.

FMK yang mengimport dan menjual kenderaan Ferrari dan Maserati menarik balik 65 unit dua model, termasuk Ferraris 296 GTB, kerana kerosakan pada paip sambungan tangki bahan api.

Pemilik kenderaan boleh membawa kenderaan masing-masing ke pusat pembaikan dan servis bagi menggantikan bahagian yang rosak secara percuma.

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Kia Corp akan memanggil balik 8,394 unit EV9 kerana ralat reka bentuk perisian dalam sistem kawalan…