Tujuh sebab kenapa anda perlu pilih Perodua sebagai kereta utama anda!

oleh Mohamad Hanif|
Kereta kini bukan sekadar sebuah mesin yang mampu membawa penumpang dari titik A ke titik B, malah ia telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat masa kini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jenama yang kini menjadi mobil sejuta umat di Malaysia iaitu Perodua kini menjadi pilihan utama rakyat, para pelajar, graduan, pekerja serta pakcik dan makcik yang ingin ke masjid dan ke pasar dengan tenang tanpa perlu risau suis tingkap tidak berfungsi dengan cemerlang. 

Bagi mereka yang kurang kemampuan namun inginkan sebuah kenderaan yang murah dan senang untuk diselenggara, Perodua menerusi divisyen Pre-Owned Vehicle (POV) kini menawarkan promosi akhir tahun untuk kenderaan pra-milik sesuai dengan keperluan rakyat Malaysia. 

Disini kami sertakan beberapa sebab kenapa anda perlu memilih kereta Perodua sebagai pilihan utama anda
 

1. Kereta bebas potong


Antara kerisauan yang melanda para pembeli kenderaan second hand ini ialah risiko kenderaan potong sambung yang mendatangkan kebahayaan kepada para pengguna jalan raya. 

Malah, sekiranya anda terlepas pandang akan perkara ini, berkemungkinan besar anda sebenarnya sudah pun membeli sebuah keranda bergerak yang bila-bila masa sahaja akan meragut nyawa anda. 

Berita baik di sini, Perodua memberikan jaminan kepada anda bahawa kereta pra-milik mereka mengikuti tahap pemeriksaan yang ketat dan adalah bebas daripada jenayah potong sambung. 

Jadi, buang kerisauan anda ketika melawat pusat pameran POV Perodua di Jalan Pahang, dan buat pilihan yang tepat. 
 

2. Kualiti sama seperti kereta baru


Tidak seperti kereta terpakai yang berada di pasaran yang tidak diketahui asal usul pemilikan serta sejarah penyelenggaraan yang kabur, POV Perodua mengambil langkah yang sangat tepat demi menjaga kualiti kenderaan pra-milik mereka.

Seperti yang disebutkan di atas, kesemua kenderaan pra-milik Perodua telah menjalani pemeriksaan yang ketat, melibatkan 165 mata bagi memastikan kualiti yang diberikan masih lagi terjamin dan menepati piawaian yang telah ditetapkan. 

Malah, setiap kereta pra-milik ini turut dibaik pulih dengan menggunakan komponen, minyak pelincir dan alat ganti tulen Perodua itu sendiri. 
 

3. Jaminan sehingga 18 bulan dan insurans komprehensif


Perodua diketahui dengan rekod bersihnya yang menjaga kebajikan setiap kenderaan yang dijual. 

Untuk itu, Perodua dengan beraninya memberikan jaminan sehingga 18 bulan untuk setiap pembelian kenderaan pra-milik yang dijual di POV Perodua Jalan Pahang, serta perlindungan insurans yang komprehensif melalui Perodua Total Protect. 

Inilah kelebihan yang ada pada kereta pra-milik Perodua yang mungkin anda tidak akan dapat daripada pusat penjualan kereta terpakai yang ada di seluruh negara. 
 

4. Pilihan yang pelbagai


Dalam mencari sebuah kereta kedua yang ideal, para pembeli perlu diberikan pelbagai pilihan model yang menarik, sesuai dengan bajet kemampuan dan keperluan yang mereka mahukan. 

Perodua tidak mengehadkan barisan penjualan model pra-milik ini kepada model sedia ada seperti Axia, Alza dan juga Bezza, malah anda juga boleh memilih model yang sudah dihentikan penjualan seperti Myvi generasi kedua dan juga Viva. 

Terdapat hampir 40 unit kenderaan pra-milik yang terdapat di fasiliti Jalan Pahang ini untuk anda pilih. 

 

5 Harga mampu milik.

Untuk unit pra-milik yang ditawarkan oleh Perodua POV ini, anda boleh mendapatkan kereta idaman anda pada harga serendah RM18,000 sehingga RM40,000 sahaja!

 

6. Usia kurang daripada tujuh tahun.

Untuk pengetahuan anda, terdapat hampir 40 buah model pra-milik Perodua berusia kurang daripada tujuh tahun yang kini menghuni fasiliti Jalan Pahang menanti para pemilik baharu untuk dibawa pulang. 

Jadi, anda tidak perlu risau untuk memandu pulang kereta-kereta yang sudah dijamin kualiti dan ketahanannya oleh Perodua itu sendiri. 
 

7. Kereta mesra subsidi petrol!


Menurut Belanjawan Malaysia 2019 yang dibentangkan tempoh hari, kerajaan akan memberikan subsidi petrol kepada mana-mana kenderaan yang berkapasiti 1.5 liter ke bawah dengan pengecualian diberikan kepada model segmen mewah. 

Sebagai sebuah pembuat kenderaan yang mesra rakyat, sudah tentu Perodua tidak mahukan para pembelinya terbeban dengan kenaikan harga petrol yang tidak menentu saban bulan. 

Untungnya sebagai pemilik kereta Perodua, anda tidak perlu risau akan semua itu kerana kesemua kereta Perodua adalah dijamin mesra subsidi petrol. 

Sudahlah mesra subsidi petrol, jimat bahan api pula. 


Apa yang anda tunggu lagi? 

Berkunjunglah ke pusat pameran POV Perodua di Jalan Pahang dan anda berpeluang untuk menerima rebat tunai istimewa sehingga RM500 dan hadiah istimewa bagi tempahan baharu. 

Promosi akhir tahun ini akan berakhir pada 31 Disember ini.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki kereta baharu, sesetengah syarikat pengeluar…