Tujuh syarikat automotif tempatan tamat program COGMP anjuran MARii

oleh Mohamad Hanif|
Pengurusan tertinggi daripada tujuh syarikat automotif tempatan telah berjaya menamatkan program anjuran MARii, iaitu CEO/Owner Growth Mindset Programme (COGMP).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Program COGMP ini direka oleh MARii bertujuan untuk mentransformasikan pemikiran CEO dan pemilik perniagaan, serta memperbaiki metodologi komunikasi dari peringkat atasn ke semua peringkat kerja demi mencapai tahap persaingan bertaraf dunia.

Acara tersebut turut dihadiri oleh Tan Sri Asmat Kamaludin, Pengerusi Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd; Datuk Zainal Abidin Ahmad, Presiden dan CEO Perodua serta Dato' Madani Sahari selaku CEO MARii.

 


Inisiatif COGMP ini dimulakan pada tahun 2017 dan syarikat yang menyertai program ini telah mencatatkan pengurangan aduan daripada pelanggan antara 45-91 peratus.

Menurut Dato' Madani Sahari, CEO MARii berkata, "Sebagai pemimpin di dalam organisasi tersendiri, kita selalu tercabar dengan masa dan kos untuk mendefinisikan dan menyelaraskan tujuan yang jelas terhadap organisasi.

"Dengan COGMP, ia direka untuk menanam pertumbuhan pemikiran kolektif bermula dari peringkat atasan yang mampu mempengaruhi budaya, prestasi dan operasi sesebuah syarikat," ujar beliau ketika majlis penyampaian sijil di ibu pejabat MARii, minggu lalu.

Program tersebut dijalankan dalam tiga fasa - Company Culture & Direction, Process Optimisation dan Companywide Teamwork for Survival, di mana setiap satu fasa mempunyai modul yang spesifik, dan memfokuskan kepada elemen penting kepemimpinan, kesinambungan perniagaan, dan adaptasi teknolgi bagi memacu pertumbuhan industri automotif, syarikat dan perniagan kecil sederhana (SME).

 

 

Menurut Asyraf Abdul Rahman, Pengarah Urusan Autokeen Sdn Bhd dalam perkongsian beliau menjelaskan, "antara tahun 2018-2019, Autokeen mencatatkan pengurangan sebanyak 25 peratus insiden melibatkan keselamatan di peringkat syarikat, dan tahun 2020, kami berjaya mencatatkan sifar kemalangan.

"Pencapaian ini merupakan satu indikasi perubahan pemikiran di kalangan para pekerja apabila pihak atasan memimpin dengan teladan.

Berikut merupakan syarikat yang berjaya menamatkan program COGMP:

•    Autokeen Sdn. Bhd.
•    Ohta Precision (M) Sdn. Bhd.
•    WSA Engineering Sdn. Bhd.
•    Ueda Plating (M) Sdn. Bhd.
•    Kah Hong Precision Tooling Sdn. Bhd.
•    Kasai Teck See (M) Sdn. Bhd.
•    Industrial Quality Management Sdn. Bhd.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah itu, 2,000 permohonan telah diluluskan, sekali gus melayakkan pemohon menerima…
Berita Domestik
Dalam perjanjian tersebut adalah termasuk penerokaan penggunaan penyelesaian blockchain untuk…
Berita Domestik
Skim galakan tersebut pertama kali diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 bagi menggalakkan…