Tukar RX-Z dengan sebidang tanah lot, tindakan pemilik dipuji!

oleh SALINA JALIL|
Seorang pemilik sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ Catelyzer dikatakan ‘untung besar’ apabila berjaya membuat pertukaran jual beli dengan memiliki sebidang tanah seluas hampir 500 meter persegi daripada seorang pembeli.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Perkara itu dikongsikan Nik Mohd. Zulkiflee Lee menerusi Kelab Jual Beli RXZ di Facebook hari ini.

 

“2022 sejarah, RXZ catal ‘swap’ dengan tanah lot, Alhamdulillah rezeki,” katanya.

 

Sehubungan itu, pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai dan rata-ratanya menganggarkan harga motosikal tersebut melebih RM18,000.

 

Sementara itu, ada juga pengguna tampil memuji tindakan bijak pemilik tersebut kerana mengorbankan ‘barang rare’ kepada sesuatu yang lebih menjamin masa depan dengan memiliki tanah sebagai aset bernilai.

 

“Bijak abang kita ini, RXZ ini mungkin satu masa harga akan jatuh dan layak jadi besi buruk, tapi ada tanah harga pasaran makin naik,” ujar Shahrol Malik.

 

“Rasanya pembeli mesti dah lama idam nak ada sebuah RXZ, sebab itu sanggup tukar dengan tanah,” komen Yushairi. 

 

Sementara itu, terdapat juga netizen yang mempertikaikan penjualan tersebut serta mempersoal perkongsian yang dibuat hanyalah sekadar konten atau sebaliknya.

 

Walau bagaimanapun, perkongsian terbaru pengongsi ini menepis segala dakwaan yang diterima apabila mengesahkan pertukaran nama tanah lot seperti yang dijanjikan.

 

Berdasarkan tinjauan di komen, pihak pengongsi tidak memaklumkan nilai semasa Yamaha RX-Z Catalyzer atau tanah lot tersebut. Perkongsian yang dibuat jelas membuka mata pelbagai pihak dalam menyaksikan pertukaran sebuah motosikal yang menjadi idaman dan hobi para peminat dengan sebuah tanah lot.

 

Melihat kepada jumlah peminat yang ramai beserta jumlah model ini yang semakin berkurangan berikutan sudah dihentikan pengeluaran, tidak mustahil harga model RX-Z akan terus melambung sekiranya terdapat peminat yang sanggup mendapatkannya dengan harga yang tinggi.

 

 

Kosmo