Tular Video Pecahkan Cermin Kereta, Dua Lelaki Ditahan

oleh Hamimah Hamid|
SEBUAH kereta Madza dipecahkan seorang lelaki selepas berang anjingnya digilis mati pemandu kereta terbabit kelmarin.

Susulan itu, dua lelaki ditahan polis selepas video terbabit tular memaparkan seorang lelaki memecahkan cermin belakang sebuah kereta di hadapan Crystal Greek Residence, Taiping.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Osman Mamat berkata, dua individu terbabit masing masing berusia 29 dan 44 tahun ditahan kira-kira 12.55 tenghari tadi.

acp osman mamat

Menurut ACP Osman, polis sebelum itu mengesan satu video yang ditularkan di laman sosial Facebook bertajuk a Dog Died After Being Run Over So The Owner Decided To Take Revenge.

Katanya, bertindak atas maklumat Itu Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis  (IPD) Taiping telah memgesan dan menahan kedua-dua lelaki terabit.

Jelas beliau,  polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seskyen 323  Kanun Keseksaan.

Sejak kelmarin, tular satu rakaman video berdurasi 1 minit 40 saat itu menunjukkan seorang lelaki memegang sebatang kayu sambil mengamuk dan memecahkan cermin belakang sebuah kereta jenama mazda.

Difahamkan lelaki terbabit mengamuk selepas tidak berpuas hati anjingnya digilis mati pemilik kereta terbabit.