Tular video penunggang Ysuku hampir digilis treler

oleh Mohamad Hanif|
Tular video di media sosial yang memaparkan kejadian kemalangan seorang penunggang yang hampir digilis lori treler di KM 276.2 Lebuhraya Utara-Selatan, baru-baru ini.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Laporan Kosmo menyebut, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya terkesan satu rakaman video berdurasi 1 minit 47 saat di aplikasi WhatsApp menunjukkan kemalangan disyaki berlaku di Nilai, di sini.

“Hasil siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku lebih kurang pukul4 pagi, 1 April 2023 (semalam) di Kilometer 276.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dari Nilai menghala ke Seremban.

 


“Kemalangan dipercayai melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang oleh seorang lelaki yang telah gagal dikawal sebelum melanggar sebuah lagi motosikal yang berada di hadapannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abdul Malik, akibat kemalangan tersebut, mangsa penunggang mosikal dipercayai jenis Yamaha Y15ZR itu telah terjatuh di lorong paling kanan dan hampir dilanggar oleh sebuah treler yang dipandu di lorong kedua dari kanan.

“Bagaimanapun, kedua-dua penunggang motosikal dan saksi kejadian masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan mereka akan dipanggil untuk diambil keterangan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk kemaskini terbaharu ini, Yamaha Y15ZR SE membawakan skema warna biru baharu, diikuti dengan…
Berita Domestik
Sewaktu sedang melayari Facebook (FB), katanya, dia terpandang iklan jualan lelong motosikal dengan…
Berita Domestik
Pembeli dan peminat Y15ZR boleh mendapatkan model tersebut dalam warna kuning, perak, hijau matte…