TUMI jalin kerjasama dengan McLaren, lancar koleksi ulang tahun ke-60

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Jenama produk gaya hidup antarabangsa, TUMI baru-baru ini telah melancarkan Koleksi Ulang Tahun ke-60 McLaren untuk meraikan enam dekad sejak penubuhan pasukan sukan permotoran elit dan pembuat kereta super mewah McLaren.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Koleksi itu telah diumumkan dalam siri terakhir kempen Musim Bunga 2023 jenama itu, bertajuk "Unpack Tomorrow” menampilkan TUMI Crew yang kembali dan pemandu pasukan Formula 1 McLaren, Lando Norris.

 

2

 

Kerjasama antara TUMI dan McLaren akan terus disepadukan dengan lancar melalui fesyen, gaya hidup dan teknologi bersama karya bermusim terbaharu melalui gabungan teknologi canggih, inovasi dan kecemerlangan reka bentuk.

Koleksi tersebut menawarkan pelbagai produk gaya edisi terhad dalam warna signature McLaren, termasuk produk Torque Sling, Velocity Backpack dan Aero International Expandable 4 Wheeled Carry-On.

 

3

 

Koleksi baharu tersebut telah dikeluarkan secara rasmi pada 13 April, dan kini tersedia untuk dibeli di kedai TUMI seluruh dunia dan di laman sesawang TUMI.

Siri Lando untuk "Unpack Tomorrow," diikuti siri TUMI Crew iaitu Richarlison de Andrade dan Reneé Rapp, menampilkan bintang perlumbaan dalam montaj filem perjalanannya, mempamerkan supercar McLaren Artura dan beg TUMI yang sepadan dengan prestasinya.

 

4

 

Video kempen pemandu Formula 1 memperkenalkan semula karya terlaris daripada Koleksi McLaren yang telah dilancarkan semula oleh jenama itu musim ini.

Ia memajukan lagi sambutan ulang tahun istimewa McLaren dan perkongsian berterusan antara pelancongan antarabangsa dan gaya hidup serta jenama automotif mewah.

 

5

 

Sebagai tambahan kepada pelancaran Koleksi Ulang Tahun ke-60, TUMI akan memperkasakan perkongsian dengan McLaren melalui siri kandungan global pada perlumbaan utama Grand Prix, termasuk pelbagai taktik penglibatan komuniti, bakat influencer dan hadiah eksklusif.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Antara model yang dilancarkan ialah dari siri Torque Sling, Velocity Backpack dan Aero…
Gaya Hidup
Seperti kereta dan motosikal kita, diri kita sendiri mempunyai aksesori. Antara yang popular untuk…