Tumi lancar edisi terhad ulangtahun ke-60 McLaren

oleh HEZERI SAMSURI|
Jenama beg premium, Tumi melancarkan koleksi edisi terhad Tumi|McLaren 60th Anniversary sempena ulangtahun ke-60 pasukan motorsport elit dan pembuat supercar British itu.

Pelumba Formula 1, Lando Norris memperagakan koleksi tersebut yang menampilkan warna oren betik, sinonim dengan McLaren.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara model yang dilancarkan ialah dari siri Torque Sling, Velocity Backpack dan Aero International Expandable 4-Wheeled Carry-On.

Kesemua produk dalam edisi istimewa ini boleh dibeli secara atas talian di TUMI.my

Tumi ialah sebuah jenama yang muncul pada tahun 1975 dan sangat popular di seluruh dunia. Di Malaysia, ia mempunyai butik di KLCC dan Gardens Mall untuk mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang dan di Imago Shopping Mall di Kota Kinabalu.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Koleksi itu telah diumumkan dalam siri terakhir kempen Musim Bunga 2023 jenama itu, bertajuk "…
Gaya Hidup
Seperti kereta dan motosikal kita, diri kita sendiri mempunyai aksesori. Antara yang popular untuk…