Tumpahan minyak mengakibatkan 19 kenderaan kemalangan

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Facebook Jeehan75
Sebanyak 19 kenderaan terbabit dalam sembilan kemalangan dipercayai akibat tumpahan minyak dan jalan licin di Persiaran Saujana Impian, di Kajang semalam.


Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima sembilan laporan polis berkaitan kemalangan di kawasan sama pada 7 hingga 8 pagi semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

"Kemalangan jalan raya berkenaan membabitkan 19 kenderaan dan berlaku ketika hujan lebat.

 

"Semua kemalangan terbabit tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan," katanya dalam satu kenyataan.

 

Mohd Zaid berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat jalan licin dan terdapat unsur minyak di atas jalan raya.

 

"Keadaan berkenaan menyumbang kepada berlaku kemalangan berkenaan.

 

"Setakat ini tidak dapat dipastikan punca minyak di atas jalan raya dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Seramai 24 anggota bergegas ke lokasi kejadian di Kampung Buruk dengan dibantu BBP Kuala Nerus…