Tunggangan Solo SYM VTS200 sejauh 8033 km

oleh |
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menunggang motosikal membolehkan anda untuk menjelajah ke sebarang destinasi dengan kebebasan dan tanpa batasan. Perasaan ketika menunggang itu tidak dapat digambarkan dengan kata – kata. Ia juga menjadikan anda sebagai seorang manusia yang menghargai kehidupan dan mengajar anda menjadi lebih bertanggungjawab.

Seorang peminat motosikal yang berasal daripada Selayang, Selangor baru saja melengkapkan penjelajahan solo beliau sejauh 8033KM bermula pada 4hb Mac sehingga 19hb Mac 2017 lepas. Harprit Singh atau lebih dikenali sebagai Chris telah menggunakan jentera SYM VTS200 untuk mengharungi cabaran tersebut.

8033km-ride

Chris telah menyempurnakan tunggangan yang bersejarah sejauh 8033 km ini merentasi enam negara Indochina termasuklah Thailand, Myanmar, Laos, Kemboja,China dan juga Malaysia. Rancangan asalnya beliau ingin merentasi tujuh negara, namun oleh kerana kekangan masa, beliau terpaksa melupakan rancangan asalnya untuk memasukkan Vietnam dalam senarai penjelajahan ini.

6

Pengalaman tunggangan Chris ini juga merupakan bukti keupayaan skuter SYM VTS 200 yang telah memberikan prestasi yang baik dalam mengharungi perjalanan jarak jauh yang mencabar sebegini. Ruang simpanan yang besar 45L di bawah tempat duduk yang boleh menyimpan 2 unit topi keledar tentunya banyak membantu dalam perjalanan sebegini. Terdapat juga soket pengecas telefon bimbit bagi keperluan kuasa peranti elektrik.
Tangki minyak yang berkapasiti 14.7 liter yang mampu membawa lebih jauh dan jimat minyak. Tempat duduk yang selesa dengan sokongan belakangnya juga mampu merehatkan tulang belakang. Jentera ini juga cepat pecutannya, dan menawarkan pengendalian menunggang yang mudah dan lancar.  Skuter ini ditawarkan dengan harga jualan RM 11,766.00 (termasuk GST 6%)

cof

Berikut merupakan ringkasan perjalanan Chris merentasi enam negara:
Hari 01
Kuala Lumpur – Surat Thani: 850KM
Penginapan di Surat Thani: RM 65.00 / malam
Kos Petrol Hari 1: RM 95.00 (Harga RON95 di Thailand hampir RM3.5/Liter)
Makan dan Minum: RM 30

Hari 02
Surat Thani – Bangkok: 688KM
Penginapan di Bangkok: Siam Privi Residence RM 35.00 / malam
Kos Petrol Hari 2 : RM 85.00
Makan dan Minum : RM 30

Hari 03
Bangkok – Phitsanulok – Blue Lake – Chiang Rai : 836KM
Penginapan di Chiang Rai : Cordelia Chiang Rai RM 65.00 / malam
Kos Petrol Hari 3 : RM 110.00
Makan dan Minum : RM 30

Hari 04
Chiang Rai – Tachileik – Golden Triangle – Chiang Khong – Loei: 811KM
Penginapan di Chiang Rai : RM 55.00 / malam
Kos Petrol Hari 4 : RM 120.00
Makan dan Minum : RM 30.00

Hari 05
Loei – Viantiane – Luang Prabang: 592KM
Penginapan di Luang Prabang    : Villa Muang Swa Guesthouse: RM 80.00 / malam
Kos Petrol Hari 5 : RM 95.00
Makan dan Minum : RM 40.00
Kos Permit : RM 36.00 (300 Baht)

Hari 06
Luang Prabang – Boten –Luang Prabang: 612KMPenginapan di Luang Prabang    :    Villa Muang Swa Guesthouse | RM 80.00 / malam
Kos Petrol Hari 6    :    RM 110.00
Makan dan Minum    :     RM 40.00

Hari 07
Luang Prabang (Hari Rehat)
Penginapan di Luang Prabang    : Villa Muang Swa Guesthouse | RM 80.00 / malam
Kos Petrol Hari 7 : RM 10.00
Makan dan Minum : RM 40.00

Hari 08
Luang Prabang – Vang Vieng: 242KM
Penginapan di Vang Vieng : Central Park Hotel: RM 135.00 / malam
Kos Petrol Hari 8 : RM 40.00
Makan dan Minum :     RM 40.00

Hari 09
Vang Vieng – Vientiane – Udon Thani: 242KM
Penginapan di Udon Thani : Central Park Hotel | RM 135.00 / malam
Kos Petrol Hari 9 : RM 40.00
Makan dan Minum :    RM 40.00

Hari 10
Udon Thani – Petchabun (Gunung Phu Tub Berk): 341KM
Penginapan di Phu Tub Berk : RM 95.00 / malam
Kos Petrol Hari 10: RM 40.00
Makan dan Minum : RM 40.00

Hari 11
Petchabun – Ayutthaya: 396KM
Penginapan di Ayutthaya : Baan Bussara: RM 70.00 / malam
Kos Petrol Hari 11 :    RM 40.00
Makan dan Minum :     RM 40.00

Hari 12 | Ayutthaya – Bangkok | 80KM + 132KM
Penginapan di Bangkok : Siam Privi Residence: RM 35.00 / malam
Kos Petrol Hari 12 :    RM 25.00
Makan dan Minum :     RM 40.00

Hari 13
Bangkok – Poi Pet – Bangkok: 562KM
Penginapan di Bangkok : Siam Privi Residence: RM 35.00 / malam
Kos Petrol Hari 13 :    RM 75.00
Makan dan Minum :     RM 40.00

Hari 14
Bangkok – Hua Hin – Chumpon: 498KM
Penginapan di Chumpon :    Jansom Plaza Hotel | RM 70.00 / malam
Kos Petrol Hari 14    :    RM 60.00
Makan dan Minum    :     RM 40.00

Hari 15 | Chumpon – Dan Nok | 563KM

Memulakan tunggangan hari ini jam 7.00 pagi, dan menghala terus ke Dan Nok memandangkan tidak begitu banyak untuk dilihat sepanjang perjalanan dan keadaan jalan yang menghala terus dan tiba di Dan Nok pada sebelah petang.

Penginapan di Dan Nok    :    Siam Thana Hotel | RM 70.00 / malam
Kos Petrol Hari 15    :    RM 70.00
Makan dan Minum    :     RM 40.00

Hari 16 | Dan Nok – Kuala Lumpur | 501KM

Hari terakhir, Chris menunggang terus ke sempadan Malaysia pada jam 10.00 pagi dan tiba di Kuala Lumpur jam 6.00 petang kerana hujan lebat, sebelum  tiba di rumah jam 6.20 petang. Bandingan bacaan odometer pada hari pertama pengembaraan dan hari terakhir mencatatkan bacaan sebanyak 8033KM perjalanan.
Kos Petrol Hari 16    :    RM 60.00
Makan dan Minum    :     RM 25.00

Jumlah keseleluruhan jarak yang ditempuhi, 8033.3 KM. Jarak ini termasuk menunggang sekitar di tempat – tempat yang berhenti makan, bersiar – siar dan pelbagai lagi. Untuk kos keseluruhan bahan api, hanya RM1065.00 dan untuk tempat tidur dan makan minum hanya dibelanjakan sejumlah RM1065.00 untuk 16 hari.

Jumlah kos: Lebih kurang RM 2000.00, tidak termasuk urutan kaki, caj masuk tempat tarikan pelancong, kos tukar minyak hitam, minyak gear, dan peralatan membaiki yang telah beliau beli pada awalnya sebelum kembara ini.

Untuk makan dan minum, kebiasaannya tidak menjadi masalah pada saya kerana saya akan berhenti membeli bekalan di gerai – gerai tepi jalan atau kedai serbaneka.

Sebagai konklusi, Chris telah menunggang lebih kurang 500 KM sehari secara puratanya dan ada kalanya belau terpaksa menunggang selama hampir 15 jam diatas jalan seawal jam 4.00 pagi. Ia sememangnya mencabar mental dan fizikal. Chris melalui pelbagai perkara tanpa diduga, hampir terlanggar lembu, hampir putus asa tetapi kian kuat dari hari ke sehari. Beliau yakin satu hari nanti, beliau mungkin telah menginspirasikan ramai ‘rider’ di luar sana untuk tidak merasa gentar untuk menjelajah dunia walaupun anda tahu anda seorang diri.