Tunjuk hero pandu berbahaya, pempengaruh YouTube dipenjara 27 bulan

oleh Mohamad Hanif|
Seorang YouTuber dari Britain telah dijatuhkan hukuman penjara selama 27 bulan atas kesalahan memandu secara berbahaya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada BBC, YouTuber Adeel Habib berusia 25 tahun yang mengendalikan saluran Certi Drivers itu telah berkongsi video memandu secara berbahaya di atas jalan raya, dan pempengaruh itu didapati melanggar had kelajuan, berlumba dengan pemandu lain serta melanggar lampu isyarat merah.

Pihak berkuasa West Yorkshire mengesan kelakuan yang tidak bertanggungjawab itu setelah Adeel Habib memuat naik segala video pemanduannya menerusi saluran YouTube.

Selain daripada kesalahan pemanduan berbahaya, Adeel juga turut dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun atas tuduhan memiliki dan mengedar dadah.

Sebagai tambahan kepada hukuman penjara selama 27 bulan, Adeel juga turut hilang kelayakan memandu selama 49 bulan.

Berdasarkan semakan, saluran YouTube Certi Drivers yang mempunyai lebih daripada 68,000 subscribers itu telah memadamkan segala kandungan video, namun ada beberapa video daripada saluran itu masih lagi kekal di beberapa platform media sosial yang lain.

 

@gparkes278 #certidrivers #thrashed #c63amg ♬ original sound - gparkes278


Sumber: BBC

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dalam sebuah video yang ditonton lebih 3 juta kali berjudul “I crashed my airplane”, Trevor…
Berita Domestik
Kejadian itu berlaku di KM 47 Yamuna Expressway semasa Agastay dalam perjalanan dari Agra ke Delhi…
Berita Global
  Di antara koleksi yang menarik yang ditemui adalah termasuk pelbagai jenis kereta klasik British…