Tunjuk jari tengah kepada kamera perangkap halaju, pemandu BMW X5 ini didenda RM7,441!

oleh Mohamad Hanif|
Bila tangan lebih laju dari otak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Itu yang boleh kami andaikan terhadap kelakuan seorang pemandu BMW X5 yang dilaporkan menaikkan jari tengahnya ketika kereta yang dipandunya itu dirakam melebihi had laju yang telah ditetapkan.

Kejadian tersebut berlaku di salah sebuah sekyen kelajuan rendah Autobahn, di mana kelajuan di kawasan tersebut dihadkan kepada 70 km/j sahaja.

Menerusi kamera perakam kelajuan, pemandu BMW X5 tersebut didapati memandu melebihi had laju yang dibenarkan, iaitu 81 km/j, dan sabit kesalahan, dia sepatutnya hanya dikenakan denda sebanyak €20 (RM100) sahaja.

Disebabkan jari tengahnya naik ketika rakaman terhadap pemanduan melebihi had laju yang dibenarkan, pihak Polis Oberfranken nampaknya tidak begitu gembira dengan aksi tersebut dan membawa kes tersebut ke muka pengadilan atas kesalahan menghina pihak berkuasa.

Mahkamah Daerah Kulmbach menjatuhkan hukuman larangan memandu selama sebulan ke atas pemandu BMW X5 tersebut serta menggandakan denda yang dikenakan sebanyak 75 kali, atau €1,500 (RM7,441).

Autobahn sememangnya dikenali sebagai sebuah laluan bagi mereka yang gemar memandu pantas, namun terdapat beberapa usaha telah pun diajukan oleh parti politik bagi mengenakan kembali had laju terhadap lebuh raya popular tersebut.

Sumber: Facebook Polizei Oberfranken

Berita Berkenaan

Informasi
  Sejak kembali ‘diaktifkan’ dari Januari hingga 26 Oktober lalu, sejumlah RM3,478,200 nilai saman…
Berita Global
Penulis tidak berniat untuk memburukkan pemanduan warga tua, akan tetapi berita yang dilaporkan…
Berita Domestik
Kerajaan akan menambah jumlah kamera Automated Awareness Safety System (AWAS) di lokasi-lokasi yang…