Tuntutan insurans kenderaan kekal tinggi, RM2.4 bilion untuk separuh pertama tahun ini

oleh SALINA JALIL|
Jumlah tuntutan motor yang dibayar oleh syarikat insurans tetap tinggi iaitu RM2.4 bilion untuk separuh pertama tahun ini, walaupun terdapat penurunan ketara dalam pergerakan lalu lintas di seluruh negara sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dalam satu kenyataan berkata, kejadian kemalangan jalan raya yang membimbangkan di Malaysia menimbulkan kebimbangan yang serius kepada industri berkenaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

"Berdasarkan statistik yang diterbitkan oleh Kementerian Pengangkutan, sebanyak 567,516 kemalangan dicatatkan pada 2019 berbanding 2018 (548,598 kemalangan), 2017 (533,875 kemalangan), 2016 (521,466 kemalangan) dan 2015 (489,606 kemalangan).

 

"Ia menunjukkan jumlah kemalangan meningkat sebanyak 16 peratus dalam tempoh lima tahun dari 2015," katanya.

 

Sementara itu, Pengerusi PIAM, Antony Lee, berkata satu perubahan minda yang tuntas diperlukan untuk mengubah tabiat memandu pengguna kenderaan di Malaysia.

 

Katanya, pemandu berisiko tinggi dengan tingkah laku pemanduan yang berbahaya mempengaruhi keselamatan orang ramai dengan cara yang sama seperti pemandu kenderaan yang mabuk.

 

"Tingkah laku memandu mereka yang berisiko dan tidak bertanggungjawab harus dikenakan premium insurans yang lebih tinggi.

 

"Industri amat menantikan liberalisasi penuh tarif insurans kenderaan bermotor oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan membuka jalan bagi model penetapan harga berdasarkan risiko untuk premium insurans kenderaan," katanya.

 

 

Bagi enam bulan pertama tahun ini, industri insurans am merekodkan penyusutan untuk separuh pertama tahun ini apabila premium tertulis kasar jatuh 3.6 peratus kepada RM8.6 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.

 

Industri itu mencatat penurunan separuh tahun paling curam dalam beberapa tahun kebelakangan ini berikutan kesan wabak COVID-19.

 

Insurans permotoran, iaitu kelas insurans paling dominan, merosot dengan ketara sebanyak 7.4 peratus pada RM 3.87 bilion, sebahagian besarnya disebabkan oleh penurunan jumlah penjualan kenderaan melebihi 40 peratus untuk separuh pertama tahun ini.

 

Insurans kemalangan diri mencatatkan kejatuhan terbesar sebanyak 13.4 peratus kepada RM522 juta sementara insurans penerbangan, marin dan transit (MAT) merosot 0.7 peratus kepada RM800 juta disebabkan masing-masing oleh penyusutan 9.0 peratus dan 8.7 peratus dalam kelas insurans kargo dan luar pantai berkaitan minyak.

 

Insurans kebakaran pula meningkat 2.2 peratus kepada RM 1.76 bilion, sementara insurans perubatan dan kesihatan meningkat 3.0 peratus kepada RM586 juta.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara…
Berita Global
Di mana akibatnya pemilik di negara itu kini perlu membayar hampir dua kali ganda premium insurans…
Berita Global
Ini ialah kerana bengkel-bengkel persendirian mampu menawarkan kos penyelenggaraan yang jauh lebih…