Seramai 75 orang anggota SMART bersama peralatan-peralatan yang akan digunakan untuk operasi SAR akan bergerak menggunakan penerbangan Turkish Airlines pada malam ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata "Saya ingin memaklumkan bahawa Malaysia akan menghantar pasukan SMART bagi membantu usaha SAR mangsa gempa bumi di selatan Turkiye."
"Proses penghantaran pasukan SMART dibuat selepas mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri, dan menerima pengesahan keperluan bantuan daripada Kerajaan Turkiye,"
6 Februari 2023 - Seramai 75 orang anggota Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia akan digerakkan ke Turkiye malam ini menerusi penerbangan Turkish Alirlines dengan membawa bersama peralatan-peralatan yang akan digunakan di dalam operasi SAR. pic.twitter.com/1xvXTNeYNm
— NADMA Malaysia (@mynadma) February 6, 2023
Laporan media antarabangsa hari ini melaporkan bahawa gempa bumi berukuran 7.9 skala richter telah menggegarkan selatan Turkiye, dengan angka kematian terkini dilaporkan seramai lebih 900 orang maut dan lebih 5,000 orang cedera.
Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye memberitahu bahawa gempa bumi tersebut berlaku pada jam 4.17 pagi (waktu tempatan) dan berpusat di daerah Pazarcik.