U-Treasure lancar cincin kahwin khas untuk geng H, dari RM4.3k di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Di Malaysia, jika anda tidak mempunyai sebuah kereta Honda, anda mungkin sukar untuk menambat hati bakal keluarga mertua. Betul ke?

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketepikan mitos itu sebab penulis sendiri tidak mempunyai sebuah Honda dan telah pun melangsungkan perkahwinan beberapa tahun yang lepas.
 

HONDA


Namun di Jepun, sebuah syarikat U-Treasure telah menghasilkan siri cincin perkahwinan (Honda Bridal Ring) yang diiktiraf sendiri oleh Honda Motor Co. Ltd.

Diperbuat daripada bahan titanium, pembeli boleh memilih sehingga 12 rekaan untuk diukir pada bahagian dalam cincin, termasuklah logo Honda, logo DOHC VTEC, serta perkataan Honda dalam tulisan Katakana.
 

HONDA


Buat masa ini, kesemua 12 rekaan tersebut hanya boleh ditempah menerusi U-Treasure Concept Store Ikebukuro dan U-Treasure Online Shop sahaja, dengan harga jualan bermula dari 132,000 yen (RM4,363).

Sumber: Car Watch JP