Namun berdasarkan laporan terkini, pengeluar supercar itu dilihat mengubah pemikiran mereka dan bakal menyertai pesaing-pesaing seperti Aston Martin, Ferrari, Lamborghini, dan juga Lotus.
Menurut laporan Autocar, kerja-kerja pembangunan model SUV itu sedang berjalan dan ia dijangka akan dilancarkan menjelang separuh kedua dekad ini.
Difahamkan, SUV itu tidak akan ditawarkan dalam versi enjin pembakaran dalaman, sebaliknya hanya akan muncul sebagai SUV berkuasa elektrik sahaja.

Tiada sebarang perincian berhubung trenkuasa diumumkan buat masa ini, seperti konfigurasi motor elektrik atau kapasiti pek bateri yang bakal digunakan, namun adalah mudah untuk diandaikan McLaren akan menggunakan teknologi terkini seperti pek bateri yang lebih ringan.
Tidak dapat dinafikan peranan SUV mampu melonjakkan lagi prestasi jualan sesebuah pengeluar, lihat sahaja Urus yang kini menjadi model Lamborghini yang paling laris dan pantas terjual, sementara Porsche pula berjaya mencatatkan angka jualan satu juta unit menerusi model Cayenne.
Sumber: Autocar