Ubah Kia Carnival jadi campervan mewah, kos bermula RM71 ribu sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Kami di Careta sangat berpuas hati dengan apa yang ditawarkan oleh model minivan Kia Carnival generasi baharu, baik dalam versi 11 tempat duduk ataupun versi tujuh tempat duduk yang lebih selesa.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Secara tidak langsung, ia mampu mengenepikan model-model minivan kotak yang kerap bermaharajalela di atas lebuh raya dengan rupa paras dan pakej yang menawan.

Di luar sana, sudah terdapat beberapa contoh Kia Carnival diubah menjadi sebuah campervan.
 

Kia


Kali ini, syarikat UniCamp telah menghasilkan khemah bumbung jenis pop-up kustom yang dijual pada harga bermula $16,000 (RM71,312).

Khemah bumbung tersebut diperbuat daripada plastik jenis ‘reinforced thermosetting’ dan boleh dipadankan dengan warna badan yang sama.

Apabila dibuka, ia mampu menawarkan ruang untuk dua orang tidur dengan selesa, dan boleh ditutup dalam masa lima saat sahaja.
 

kia


Selain daripada khemah bumbung, UniCamp juga sedang membangunkan opsyen untuk memuatkan tempat tidur tambahan, serta dapur luar modular untuk Kia Carnival.

Berita Berkenaan

Berita Global
Malah kita juga dapat menyaksikan beberapa pihak sudah pun mula membawa masuk model-model caravan/…
Berita Global
Sejak daripada itu, banyak pihak telah mula membawa masuk beberapa model campervan/motorhome, atau…
Berita Global
Disebabkan ia sangat versatil, Hiace kerap kali menjadi pilihan sesetengah pihak yang mahukan…